Header Ads

Erma Fatima Tegas Dengan Artis Luar

Erma Fatima tampil meminta agar pendedah isu artis Malaysia yang berasal dari singapura agar tidak mencapuri urusan artis Malaysia. Sebaliknya pulang ke negara mereka dan jangan sibuk dengan Malaysia.


Erma berkata selepas tayangan episod akhir drama lelaki itu, "Balik negara kau dan selesaikan di sana. Jangan jatuhkan maruah orang dalam negara aku," 


Erma Fatima Tegas Dengan Artis Luar



"Seorang wanita yang kecewa ditinggalkan kekasih. Dia juga bukan warga negara Malaysia, masuk ke dalam negara aku kemudian buat 'kenduri selak kain' artis Malaysia dan semua orang meraikannya.


"Media sosial, pengamal media semua raikan orang luar itu sedangkan masalah dia adalah dengan artis negaranya sendiri.


"Saya sangat marah dengan tindakan yang dilakukannya. Saya faham perasaan dia yang kecewa selepas ditinggalkan kekasih selepas memberi segala-galanya tetapi jangan datang ke sini dan hancurkan industri seni Malaysia," katanya.


Bercakap mengenai Sophia, Erma berkata "Saya tidak peduli dia ada skandal atau tidak, tetapi bukan ini caranya," katanya 

Rupanya Erma sendiri minta Sophia tidak hadir di malam tayangan episod akhir drama lelaki itu sebabnya dalah erma tidak sanggup melihat artis tempatan terus menjadi mangsa dan diaibkan.


"Ruhainies dan Sophia tolong buat laporan polis untuk hentikan dia. Anda berdua ada hak untuk melakukannya, tidak kisahlah ada skandal atau sebagainya.


"Di mana SKMM? Apa pihak kementerian lakukan untuk hentikan orang luar yang masuk dan hancurkan industri seni tanah air. Saya harap 'kenduri selak kain' ini dihentikan dan pihak SKMM lakukan sesuatu. Kita ada akta.


"Kalau mereka boleh panggil saya dan Zul Ariffin untuk siasat isu drama Perempuan Itu sebelum ini, mengapa kita tidak boleh lakukan perkara sama sekarang?


"Dia orang luar, bukan terbabit dalam industri kita. Berambus, keluar dari Malaysia dan selesaikan masalah mereka sendiri. Dua-dua bukan orang Malaysia pun, tak perlu selak kain-kain artis Malaysia," katanya.


"Berhenti angkat dia dan raikan kenduri orang luar lakukan. Sebab itu saya kata pada Sophia, jangan datang.


"Saya juga minta Aliff, jadi lelaki sejati. Jangan duduk dan diamkan diri selepas lakukan semua ini. Kau lapor polis dan ada hak untuk hentikan wanita itu. Kenapa kau hilang? Kau buat masalah sana sini kemudian hilang. Kau buat hal dalam negara aku pula.


"Tak perlu cerita isu gam dan sebagainya, selesaikan isu ini sekarang dan berambus," katanya.



No comments

Powered by Blogger.