Nabil Ahmad Dedah Pandangannya mengenai Aliff Aziz dan Bella Di GV
Akhirnya, Nabil buka mulut juga mengenai isu yang melibatkan Aliff Aziz dan juga Bella Astillah sambil mengatakan yang dia hanya nampak mereka sebagai Loving Couple Sahaja.
Nabil berkata kepada Gempak.com ;
"Semasa di GV saya tidak lihat apa-apa pun perubahan pada Aliff. Saya lihat mereka (Aliff dan Bella) sebagai loving couple. Itu berdasarkan mata kasar saya.
"Bella sentiasa teman Aliff sepanjang di GV. Malah sebelum dan selepas buat persembahan Aliff sentiasa ada dengan Bella. Mereka selalu duduk sama-sama,” katanya
"Saya percaya setiap orang akan ada ujian hidup masing-masing. Tetapi apabila berlaku perkara begini, saya sebagai sahabat percaya ujian yang diberikan ini tanda Allah sayang dia.
"Keluarga Bella dan Aliff ketika ini sedang diuji. Tugas kita orang lain mendoakan untuk mereka.
"Saya sebagai orang yang sudah berkeluarga terfikir bagaimana jika ujian sebegitu datang pada saya. Semua orang ada kisah silam, manusia tidak lari dari berbuat khilaf,” kata nabil lagi.
Sekadar info, Nabil Ahmad akan mengacarakan program The Hardest Singing Show yang akan mula tayangannya pada 12 Mei 2024 ini pada Ahad.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton rancangan baru ini ya.
Post a Comment