Azira Tampil Jelaskan Punca Defam Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show
Azira Tampil Jelaskan Punca Defam Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show. Ramai juga yang tertanya-tanya mengenai status terkini kumpulan defam selepas mereka menarik diri dari program tersebutkan.
Azira mendedahkan keadaan terkini mereka kepada gempak.com dengan berkata;
"Saya pasti semua orang nak tahu pasal apa yang terjadi kepada saya. Apa yang saya boleh kongsikan saya mendapat nasihat daripada doktor untuk saya berhenti membuat persembahan di The Hardest Singing Show.
"Saya pun berjumpa dengan ahli kumpulan De Fam dan kami bertiga mengambil kata sepakat bersama untuk tarik diri. Kami sudah berjumpa dengan pihak Astro dan saya pun ada sediakan surat daripada doktor juga yang mengatakan saya tidak boleh sambung.
"Apa yang terjadi kepada saya, biarlah saya, ahli kumpulan saya dan pihak Astro sahaja yang tahu. Kalau boleh saya tak nak lagi bercerita tentang apa yang terjadi di The Hardest Singing Show. Habis macam itu sahaja," katanya.
Azira juga tegaskan dia dan defam masih menerima jemputan untuk membuat persembahan cumanya kalah program jangka masa yang lama tu mereka tak lakukan lagi setakat ini.
"Saya rasa saya faham kenapa orang bertanya sebab baru-baru ini De Fam ada buat persembahan.
"Saya nak jelaskan di mana di The Hardest Singing Show kita memerlukan sepenuh usaha yang mana Isnin sampai Ahad kena kerahkan idea, tenaga dan sebagainya.
"Jadi untuk De Fam membuat persembahan dimana-mana pun atas keupayaan yang sebolehnya saya rasa benda itu tiada masalah buat masa sekarang.," tambahnya.
Kita doakan Azira kembali sembuh dan kembali membuat persembahan seperti biasa. Ramai yang meminati defam ni tau dan sentiasa mendoakan mereka.
Good Luck Defam!
Post a Comment