Drama Perempuan Paling Merana | Tayangan 2024

Mulai 5 Jun Drama Perempuan Paling Merana mula ditayangkan di saluran online iaitu Tonton.com.my. Dibintangi oleh pelakon jebat seperti Mimi Lana, Fikry Ibrahim dan Zamarul Hisham.


Pengenalan


Perempuan Paling Merana merupakan drama mengisahkan tentang seorang wanita yang dianugerahkan keluarga mentua yang baik. Namun terjadi satu perkara yang menyebabkan dia ketakutan.


Drama Perempuan Paling Merana



Drama ini diarahkan oleh Syed Fariz untuk produksi Ano Films. Antara pelakon yang terlibat adalah Fikry Ibrahim, Mimi Lana, Zamarul Hisham, Puteri Rayyana Rayqa dan Zarina Zainuddin.


Selain itu, kita juga ada pelakon Husna Mustaffa dan Nizam Kama. 


Sinopsis Perempuan Paling Merana


Amir mempunyai seorang isteri bernama Saleha. Keluarga Amir sangat menyayangi Saleha dan kehidupan rumah tangga Amir bahagia. Mereka juga dikurniakan seorang anak bernama Nurain.


Selain itu, Amir juga bahagia dengan Saleha yang soleha dan juga sangat menjaga hukum hakam agama. Bahkan Saleha juga giat melibatkan diri dengan sukarelawanan.


Satu hari keluarga Amir membuat majlis kesyukuran kepulangan adik angkat arwah ayahnya yang dipanggil Pak De. 


Saleha memang tak pernah jumpa dengan Pak de sejak dia berkahwin dengan Amir. Dia hanya berjumpa dengan Pak De ketika majlis tersebut.


Lebih mengejutkan rupa-rupanya, Pak de itu adalah orang yang dia kenal sejak lama lagi. Tetapi kenangan itu dia tidak mahu ingat kerana benda buruk yang berlaku.


Adakah kehadiran Pak de membahagiakan kehidupan suami isteri Amir dan Saleha? atau akan berlaku sesuatu yang menyakitkan saleha?


Kalau nak tahu kena tonton drama perempuan paling merana ini di saluran tonton.com.my! Memang best jalan cerita dia. Rugi kalau korang tak tengok tau!

Post a Comment

Previous Post Next Post