Info I Can See Your Voice Malaysia 7

Info I Can See Your Voice Malaysia 7. Hujung minggu ini bakal bermulanya siaran rancangan realiti kegemaran ramai ini dan pastinya ada kelainan yang lebih baru dan segar.


Korang tahu, setakat 6 musim tayangan rancangan ini, jumlah tontonan telah menceceah 14 juta tontonan tau ia menjadikan rancangan ini diminati ramai.


Rasanya mungkin episod awal-awal tu shuk dengan sean lee berjaya menarik perhatian penonton dan sangat best ketika meeka beraksi. 


Info I Can See Your Voice Malaysia 7




Kelainan ICSYVMY7


Mungkin ada sedikit pembaharuan dilakukan antaranya adalah untuk musim ketujuh ini akan ada minggu-minggu tertentu yang akan mempunyai tema tersendiri.


Contoh temanya adalah Seram, Bollywood, Rock dan Retro.


Tetamu yang menjadi penyiasat juga sudah ditambah baik dan bukan dari kalangan penyanyi sahaja bahkan di musim baru ini juga kita kaan liha pelakon dan pelawak juga menyertai rancangan ini.


Format


Bagi yang setia menonton i can see your voice ini pasti dah faham formatnya. Untuk musim baru pun masih sama juga format.


Misi kita adalah untuk mencari penyanyi sebenar dan menyingkirkan penyamar bersuara sumbang.


Jika peserta terakhir yang dipilih penyiasat ada penyamar, maka peserta itu akan membawa pulang RM 3000 daripada rancangan ini.


Jika pilihan itu adalah penyanyi sebenar, dia akan layak ke pusingan akhir dan berpeluang untuk merekod lagu bersama dengan Alternate Records & Talents dan merakamkan single bersama komposer terkenal.


Penyiasat


Setiap musim ada 5 orang penyiasat tetap yang akan memberi guide dan hint kepada penyiasat jemputan. Musim ketujuh ini, kita ada wajah-wajah baru dalam i can see your voice malaysia 7 tau. 


Info I Can See Your Voice Malaysia 7


Antara penyiasat yang kekal adalah seperti Naim Daniel, Riena Diana, Bell Ngasri dan Siti Khadijah Halim.


Penyiasat Jemputan


TV3 dah senaraikan list penyiasat jemputan untuk musim ini. Antaranya adalah seperti Ryan Bakery, Azhan Rani, Anna Jobling, Nadeera, Ernie Zakri, Datuk Yusof Haslam, Marsha dan ramai lagi.


Selain itu, kita ada artis jemputan seperti Sharif Zero, Chacha Maembong, Amy Mastura, Janna Nick, Khai Bahar, Adira Suhaimi dan ramai lagi. 


Harap program ini berjaya dan dapat menarik minat penonton menonton rancangan ini kembali.

Post a Comment

Previous Post Next Post