Header Ads

Punca De Fam Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show

Ramai terkejut dan nak tahu Punca De Fam Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show selepas kumpulan trio itu dilihat beraksi dengan baik di pentas setiap minggu.


Tampil menjelaskan Penerbit Eksekutif The Hardest Singing Show, Firdaus Mahadi berkata ; 


“Sebelum bermula soundcheck kita pada hari Khamis lalu kita dimaklumkan pihak pengurusan DeFam yang menyatakan Azira dalam kondisi tidak begitu sihat.


Punca De Fam Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show



“Jadi, apabila Azira tak sihat DeFam datang bertiga dan maklumkam mereka takkan perform tanpa Azira sebab Azira memang tak fit untuk perform on stage.


“Jadi mereka memohon kepada kita untuk penarikan diri daripada The Hardest Singing Show sebab DeFam tak boleh perform tanpa Azira atas masalah kesihatan,” katanya 


“Faktor kesihatan dan keselamatan adalah keutamaan untuk The Hardest Singing Show seperti yang kita tekankan setiap minggu jadi penarikan yang sebelum ini bukanlah faktor yang sama jadi kami menerima penarikan diri DeFam.


“Pihak produksi mungkin akan mendapat kesan daripada segi kekurangan peserta tapi pihak produksi akan melakukan sesuatu untuk memastikan persembahan pada minggu itu terbaik,” katanya lagi.


Kita harap Azira segera sembuh dan dapat kembali dengan persembahan-persembahan lain di atas stage yang lain pula. 


No comments

Powered by Blogger.