Telefilem Sakanak

Hujung minggu ini, TV3 akan menayangkan telefilem sakanak selepas kali terakhir ia ditayangkan adalah pada tahun 2022 yang lalu.


Istillah dia boleh jadi dua, Saka Nak atau pun saka yang nak anak. dua-dua boleh jadi sebab jalan cerita dia memang macam tu.


Pengenalan


Telefilem Sakanak merupakan cerita seram yang menghantui pasangan suami isteri yang dilakonkan oleh pelakon hebat seperti farid kamil dan juga Tiz Zaqyah. 


Aku yakin, ramai dah lupa cerita ni kan. Jangan risau sebab korang boleh tonton semula pada hari sabtu ini 29 Jun 2024 di saluran TV3 untuk slot cerekarama.


Aku pun nak tengok balik cerita ni sebab jalan cerita dia best tau.  



Telefilem Sakanak



Sinopsis Sakanak Full


Untuk yang tak tahu, telefilem ni merupakan karya yang diadaptasi dari kisah benar yang berlaku ke atas sebuah keluarga. Kemudian kisah itu dijadikan jalan cerita untuk telefilem sakanak ni.


Cerita ini mengisahkan tentang Sara. Dia berkahwin dengan Kamal. Mereka berkahwin dan satu ketika itu mereka dikurniakan cahaya mata.


Namun sejak itu kejadian aneh mula menghantui Sara. Setiap kali dia mengandung, pasti anak dalam kandungannya itu hilang. Sara juga sering melihat bayang-bayang nenek kebayan di sekitarnya.


Anak dalam kandungan sara sentiasa menjadi mangsa kepada nenek kebayan itu. Kamal dan adiknya Maya sentiasa mengawasi dan juga menjaga sara agar dia tidak diganggu lagi.


Dapatkah mereka menemui jalan penyelesaian masalah gangguan misteri terhadap sara ni? kalau korang nak tahu, kenalah tonton di saluran TV3.


Info Sakanak


Telefilem ini akan ditayangkan pada 10 Mei 2022 di TV3 pada jam 10 malam. Ia merupakan arahan Emi Suffian dan bergenre seram tau.


Antara pelakon lain yang terlibat adalah Farid Kamil, Tiz Zaqyah, Fify Azmi, Sherry Al Jeffry dan Chem Amar.


Review dan Komen Jujur


Telefilem seram sakanak ni memang aku boleh katakan sangat seram. Ditambah pula lakonan mantap dari Farid Kamil dan Tiz pula memang menguatkan lagi jalan cerita dia.


Elemen seram memang banyak dalam cerita ni jadi korang kena hati-hati sebab takut terkejut nampak hantu dalam tv pula nanti kan. hehe.



Selebihnya, aku yakin jalan cerita dia membawa peranan penting dalam kejayaan cerita telefilem ini. Jadi jangan lupa untuk tonton semula sabtu ini di saluran TV3.


Selamat menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post