Aepul Roza habis RM 60K Sepanjang The Hardest Singing Show

Aepul Roza habis RM 60K Sepanjang The Hardest Singing Show. Pendedahan mengejutkan juara rancangan ini selepas menjuarai pertandingan berkonsep baru di Malaysia ini.


Aepul Roza habis RM 60K Sepanjang The Hardest Singing Show



Penyanyi terkenal, Aepul Roza berkata ; 

“Anggaran untuk persembahan malam tadi sahaja dekat RM30,000. Bagi keseluruhan 10 minggu pula rasanya saya dah belanja RM60,000.

“Tapi alhamdulillah rezeki Allah bagi sambil saya bertanding ada juga yang panggil untuk buat show dan gaji yang saya dapat dalam pertandingan ini juga saya kongsikan kepada team saya jadi semua ada bahagian masing-masing,” katanya ketika ditemui di Sidang Media Konsert Akhir THSS.


“Sebenarnya saya lebih kepada reda menang atau tidak saya tak fikir sebab saya dan pasukan saya dah berjaya buat persembahan lagu It’s My Life itu, selepas persembahan itu saya dah celebrate dah sebab itu paling sukar dan berisiko. Jadi bila saya dah berjaya sampaikan persembahan itu pun saya dah raikan bersama team saya.


“Jadi menang atau tidak saya reda je tapi alhamdulillah rezeki Allah nak bagi dan saya hargai semua pasukan saya sebab ini bukan kerja saya seorang ini kerja pasukan saya yang memang tidak berkira nak buat, memang all out sebab itu saya fikir saya perlu menang untuk mereka. kata aepul roza.

Tahniah diucapkan kepada Aepul kerana hasil usahanya akhirnya dia berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini.

Post a Comment

أحدث أقدم