Aepul Roza Juara The Hardest Singing Show 2024

Aepul Roza Juara The Hardest Singing Show 2024. Sebenarnya aku tak jangka aepul akan menang untuk pertandingan ni, tetapi kualiti persembahan final dia memang padu!

Semalam berlangsungnya konsert final the hardest singing show 2024 yang menyaksikan juara musim pertama sudah diketahui ramai.

Aepul berjaya memenangi pertandingan ini dan membawa pulang hadiah bernilai RM150,000, pakej pelayaran dan trofi kemenangan.


Aepul Roza Juara The Hardest Singing Show 2024



Penyanyi itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua dari team produksi sehinggalah ke peminatnya dan Aepul juga berkata dia tidak pernah menang apa-apa pun sebelum ni.

Jadi dia tak sangka boleh menang.

Aepul berkata:

"Terima kasih semua, team produksi dan Astro untuk ruang dan peluang ini. Saya terkejut, saya tak pernah menang apa-apa pertandingan walaupun cabutan bertuah. Alhamdulillah, rezeki Allah. Terima kasih buat juri yang saya hormati kerana mempercayai saya," kata Aepul ketika ucapan di pentas.


Pusingan solo menyaksikan Aepul mempersembahkan lagu It's My Life (Bon Jovi) manakala pusingan battle menggandingkannya bersama Putera Muhammad menerusi lagu Melompat Lebih Tinggi (Sheila on 7).

Keputusan dan markah penuh final the hardest singing show  >>  Keputusan dan markah penuh.

Jadi berakhirlah sudah persembahan yang memenatkan para peserta setiap minggu dan banyak perkara perlu dipertimbangkan oleh pihak astro mengenai rancangan ini selepas ini.

Bukan apa, nampak para peserta keletihan dan tepu dengan konsep yang perlu dibawakan setiap minggu dan paling penting kesihatan mereka juga perlu dititik beratkan.

Syukur sepanjang musim ini tiada kecederaan yang serius dilalui oleh peserta dan semoga semua persembahan mereka mendapat penghargaan dan diingati oleh para peminat.

Tahniah Buat Aepul Roza dan juga semua pemenang-pemenang The Hardest Singing show 2024! Kita jumpa di musim kedua jika ada lah yer. hehe


Post a Comment

Previous Post Next Post