Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Sebuah drama bertajuk Dedaun Hijau Di Angin Lalu yang dibintangi oleh pelakon hebat seperti Harissa Adlynn dan juga Redza Rosli.

Drama ini juga merupakan drama yang dibuat berdasarkan novel yang menggunakan tajuk yang sama tau. Mesti korang dah tengok kan.

 $ads={1}

Tonton juga drama Nuh dan Nayla yang ditayangkan di TV3. Best juga jalan cerita dia tau. Pelakon dia pun best dan pandai bawa watak dengan baik.


Pengenalan.


Drama dedaun hijau di angin lalu ini mempunyai 24 episod keserluruhannya dan mula ditayangkan pada 1 Julai 2024. Saluran tayangannya adalah setiap isnin hingga khamis jam 10 malam.

Yang menariknya, drama ini ditayangkan untuk slot megadrama, jadi memang menjadi tumpuan penonton-penonton setiap slot ini tau.


Dedaun Hijau Di Angin Lalu



Sinopsis DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Drama ini mengisahkan tentang Intan seorang gadis yang dilahirkan dan membesar dalam keadaan serba serbi kekurangan. Namun satu hari dia terpaksa berkahwin dengan seorang doktor bernama Assad.

Perkahwinan itu bukanlah seperti perkahwinan yang diimpikan oleh Intan. Dia menjadi mangsa kekasaran suaminya dan terus hidup dalam keadaan malang.

Namun satu hari, Assad mula rasa sedih melihat isterinya diperlakukan seperti itu oleh dirinya. Namun assad mahi mempunyai ego yang tebal. Dia tidak mahu meluahkan rasa kesihan dan juga sayangnya kepada Intan.

Satu hari Intan mengamuk kerana dirinya yang sering ditindas. Intan nekad lari dari rumah dan tinggalkan suaminya.

Dapatkah Assad mencari dan berbaik semula dengan intan? atau sebaliknya? kalau nak tahu kenalah tonton sampai habis cerita menaraik dedaun hijau di angin lalu ini. 


Senarai Pelakon  


Drama ini diarahkan oleh Jamal Khan dan skripnya ditulis oleh Wan Mahani Wan Hassan. Antara barisan pelakon cerita dedaun hijau di angin lalu ini adalah seperti berikut ; 


  • Harissa Adlynn Halim sebagai Intan Samad
  • Redza Rosli sebagai Assad Effendi
  • Kael Noah sebagai Ismadi
  • Saidah Kamarudin sebagai Rubiah
  • Faye Kusairi sebagai Jamaliah / Kak Lia
  • Razman Mahayuddin sebagai Suratman
  • Aleza Shadan sebagai Marina
  • Esma Dainal sebagai Khairuddin
  • Wanns Ahmad
  • Idzham Ismail


Penutup


Akhir sekali, pasti drama ini diminati ramai disebabkan barisan pelakon dan jalan cerita yang menarik membuatkan ia digemari. Kalau korang belum tengok lagi, boleh tonton di Astro ya.


Post a Comment

Previous Post Next Post