Drama Nuh dan Nayla | Sinopsis Penuh

Drama Nuh dan Nayla merupakan sebuah drama baru yang ditayangkan untuk tahun 2024 ini di saluran tv3 untuk slot Akasia.


Ia merupakan drama adaptasi dari novel yang menggunakan tajuk yang sama dan karya penulis Ieya Sya. Yang menariknya drama ini menampilkan gandingan baru iaitu pelakon baru Jazmy Juma dan Scha Elinnea sebagai pelakon utama.


$ads={2}

Drama Nuh dan Nayla | Sinopsis Penuh



Pengenalan drama 


Drama ini mempunyai 28 episod dan cerita Nuh dan Nayla ini mula ditayangkan pada 1 Julai 2024 tau. Pada masa yang sama ia ditayangkan di slot akasia.


Waktu tayanganya adalah pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7 malam di TV3. Drama ni juga diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan skripnya ditulis oleh Nieza Nahar.


Senarai Pelakon Nuh dan Nayla

Berikut merupakan senarai pelakon dan juga watak yang mereka lakonkan dalam ceita ini.

  • Jazmy Juma sebagai Nuh
  • Scha Elinnea sebagai Nayla
  • Ucop sebagai Faqeel
  • Arfie Shah sebagai Luth
  • Khalida Balqis sebagai Maryam
  • Ezzanie Jasny sebagai Jiha
  • Zizi Zulkifli sebagai Farina
  • Hafiz Halim
  • Puteri Khareeza
  • Hilal Azman
  • Azhar Amir
  • Zila Bakarin
  • Lisdawati
  • Ayu Azlina
  • Hana Tiha


Sinopsis Nuh dan Nayla


Drama nuh dan nayla ini mengisahkan tentang nuh yang membuatkan Nayla membenci dirinya. Namun ditakdirkan mereka berkahwin. Namun begitu, kehidupan mereka tidak seperti suami isteri yang lain.


Mereka berkahwin tetapi mereka berpisah tanpa bercerai. Satu hari mereka dipertemukan semula dalam keadaan status pembantu dan juga cucu majikan.


Nuh nekad mahu menebus dosa yang dilakukkannya dengan menjaga dan memberi nafkah kepada Nayla. Tetapi gadis itu keras kepala dan menolaknya.


Dia juga mencadangkan Nuh berkahwin dengan fatimah. Nuh tidak suka dengan fatimah dan dia hanya mahu Nayla.


Tetapi atas desakan daripada Nayla, Nuh buat juga. Nayla bagaikan tersedar apabila Nuh mahu teruskan permintaannya itu berkahwin dengan Fatimah.


Nayla mula nekad mahu mempertahankan rumah tangganya dan mahu Nuh tetap menjadi suaminya. Sempatkah Nayla bertindak atau dia akan menjadi madu kepada Fatimah?


Kalau korang nak tahu, kenalah tonton episod penuh drama nuh dan nayla di saluran TV3.


Selamat menonton. 

Post a Comment

Previous Post Next Post