Drama Pengantin Pasti Jadi

Drama Pengantin Pasti Jadi merupakan sebuah drama lakonan Asha Merican dan juga Daniesh Suffian yang mula ditayangkan 13 Julai 2024.

Cerita ini mengambil slot lestary dan menggantikan Metro Crime Series. Pengantin pasti jadi ni mengisahkan tentang perkahwinan tidak di sangka selepas pengantin wanita melarikan diri.

Wow memang menarik tau cerita ni. Ditambah pula dengan cerita ni diadaptasi daripada novel tau.



Drama Pengantin Pasti Jadi



INFO DAN MAKLUMAT 

 

Jumlah Episod : 20 Episod

Tarikh Tayangan : Khamis hingga Sabtu, 9  malam.


Antara barisan pelakon yang terlibat dalam pengantin pasti jadi. Antaranya adalah pelakon Ali Reza dan Asha Merican.


Diantara pelakon lain yang terlibat ialah Ungku Hariz, Sera Melissa, Daniesh Suffian, Faye Kusairi, Lana Nodin, Khaty Azian, Riesha Aslan, Cintaa Aiyuni dan Heidi Nur Aleesya.


Watak Pelakon

Ali Reza sebagai Raid


Asha Merican sebagai Nureen


Lana Nordin sebagai Seri Hanim


Daniesh Suffian sebagai Fikri


Cintaa Aiyuni sebagai Zara


Khaty Azian sebagai Datin Hasnah


        


Sinopsis Pengantin Pasti Jadi


Nureen terjerat dalam perkahwinan dengan Fikri  akibat paksaan ibunya, Seri Hanim, manakala Raid dijodohkan dengan Zara oleh ibunya juga. Nasib perkahwinan mereka dikawal sepenuhnya oleh ibu-ibu yang dominan.


        

Seri Hanim, ibu tunggal dan pengasas produk kecantikan serta pempengaruh terkenal, amat mengawal hidup anaknya. Dia berkeras supaya Nureen menikahi Fikri, pekerja yang dipercayainya, supaya mereka dapat bersama-sama menguruskan perniagaan. Namun, Fikri mengkhianati kepercayaan itu dengan tidak hadir pada hari pernikahan, meninggalkan Nureen dalam keadaan yang memalukan.


Drama Pengantin Pasti Jadi


Raid pula dikecewakan apabila pengantin perempuannya, Zara melarikan diri pada hari pernikahan. Ibunya, Datin Hasnah (Khaty Azian) yang sangat protective terhadap Raid dan cucunya, Tia, berasa trauma selepas kematian suami, anak sulung (kembar Raid) dan menantu. Dia percaya Zara boleh membawa kebahagiaan kepada Raid dan Tia, namun Zara lari dengan skandalnya.


Nasib membawa Nureen dan Raid menaiki bot yang sama untuk aktiviti 'island hopping'. Namun Nureen terjatuh ke dalam laut tetapi Raid berjaya menyelamatkannya tepat pada waktunya.

 

Lagu Tema (OST)


Tajuk: Tic Tac Toe


Penyanyi: Amir Mirza


Komposer: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, Omar K


Penulis lirik: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, Omar K


Penutup.


Jangan lupa untuk saksikan drama best ini dan yang pasti siapakah pengantin yang tak jadi kawin tu? kalau korang nak tahu kesudahan dia, kenalah tonton sampai habis cerita ni tau.

Selamat menonton.



Post a Comment

أحدث أقدم