Senarai 30 Peserta Gimme The Mic 2024

Pelbagai latar belakang peserta gimme the mic 2024 yang bakal beraksi musim ini dan ia menjadi satu rancangan yang paling ramai peserta yang menyertainya.

Gimme The Mic 2024 atau nama lainnya 'TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia'  merupakan sebuah rancangan baru terbitan Astro dan bekerja sama dengan Applikasi Tiktok bakal menemui penonton pada hari ahad 21 Julai 2024 ini.

Bagi yang tak tahum rancangan ini menggantingkan the hardest singing show yang tamat siarannya pada minggu lepas. Mampukah GTM menghiburkan penonton dan juga rakyat Malaysia?


Senarai 30 Peserta Gimme The Mic 2024


Senarai Nama Peserta Gimme The Mic 2024 


MAMUJI

FIZA SINHA

AMEERAIS 

 SHAZREEN SHAHARUM 

IR RADZI 

 RAES 

ALIFF KIMIEY  

CELINE LAI 

MOFANORA 

 JELLY BELLY 

BULAN ASYRAFF 

 BEYLA INARA 

BUNIAN 

 DANHUANGGE 

EPET 

 SYAMEL AMZAH 

CHONG HAN 

 EZAN 

SYAFFIQ SAHLI 

 RASZ 

HAZREEN AMREENA 

 JUNLLOYD EGANO 

NAZZ 

 ZULY ALI 

XIIAOPANDA 

 LUNA 

FARHAN MUSTAPHA 

 OKY DANIAL 

ROU ROU 

 ARY HUSSIN 





Juri

Barisan juri berpengalaman bakal mengadili para peserta kali ini. Antara juri tumpuan gimme the mic adalah seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari (BCL) dan Hael Husaini.


Hos

Gandingan mantap dan segar diantara Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai pengacara utama rancangan ini. Disamping itu, kita juga ada hos LIve+ iaitu Ceddy Ang dan Daniel Cheang 


Hadiah

Mungkin ramai nak tahu mengenai hadiah juara Gimme The Mic Malaysia ni apa kan. Jom aku kongsikan untuk korang ya.

Juara akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.


Format

Untuk format pula, rancangan ini akan bersiaran selama 8 minggu dan akan tertumpu di CIDB Cheras.

Sepanjang program berlangsung, 30 peserta masing-masing perlu mempamerkan kehebatan vokal dan bersaing untuk meraih kedudukan teratas.


The Six menjadi salah satu elemen yang bakal diperkenalkan dalam program TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia di mana enam kerusi khas akan menempatkan peserta dengan kedudukan teratas.


Kedudukan ini sentiasa berubah mengikut markah diberi juri profesional berdasarkan persembahan mereka.


Pada akhir konsert, enam peserta teratas iaitu gabungan markah juri profesional dan undian tertinggi di TikTok LIVE akan menghuni kerusi mutlak The Six. Mereka terselamat daripada penyingkiran manakala peserta lain berdepan pusingan yang menyaksikan mereka terkeluar daripada cabaran.


Ini bermakna peserta dengan gabungan markah dan jumlah undian terendah bakal disingkirkan dari program itu.

Penutup.

Peserta manakah yang akan menjuarai musim pertama ini? atau peserta manakah yang akan dapat komen pedas juri nanti? sama-sama kita nanti.


Post a Comment

Previous Post Next Post