Syamel Amzah Dedah Rasa Gugup Beraksi di Atas Pentas

Syamel Amzah Dedah Rasa Gugup Beraksi di Atas Pentas. Juara minggu pertama gimme the mic malaysia 2024 itu meluahkan pengalaman pertama beraksi di pentas besar itu.

Syamel berkata kepada gempak selepas konsert minggu pertama baru-baru ini : 

“Pertama sekali tahniah kepada semua tetapi saya rasa ia rezeki saya, saya rasa juri-juri percaya kepada kebolehan saya. Alhamdulillah saya dapat markah yang tinggi.

“Sebenarnya saya memang gugup dan gementar tapi saya percaya dengan apa yang cikgu ajar selama kami jalani latihan.




Syamel Amzah Dedah Rasa Gugup Beraksi di Atas Pentas


“Dengan semangat kawan-kawan, bila berada di atas pentas Alhamdulillah saya buat sehabis baik sebab saya fokus,” katanya.

Peserta Syamel Amzah juga mengatakan dia juga kini tertekan kerana mendapat markah tertinggi dari juri dan perlu konsisten pada minggu hadapan. 

“Tentunya saya tertekan, dengan markah tertinggi ini juri akan melihat adakah saya akan konsisten di atas sekali atau sebaliknya.

“Saya juga ada mengikuti kelas vokal, kawan-kawan lain juga banyak ajar saya dari segi vokal dan nyanyian.

“Jadi saya agak gemuruh dan takut,” ujarnya.

Ada juga peminat yang mengatakan Syamel meniru suara penyanyi-penyanyi terkenal lain. Jawapan pedas dari syamel adalah : 

“Orang mengenali saya dengan karakter suara yang serak, automatik orang akan cakap saya seperti Cakra Khan, Lefthanded dan sebagainya.

“Saya memilih lagu ini kerana saya mahu tunjuk ini bukan saya meniru sesiapa tetapi inilah Syamel Amzah,” ujarnya.


“Suara ini memang dari kecil, dari sekolah rendah dan orang gelarkan saya orang tua dahulu.

“Kerana suara saya begini dan sehinggalah sekarang suara saya begini,” katanya.

-

sebagai penonton, memang aku akui yang suara syamel ni memang lain daripada lain. jadi kalau korang nak tengok persembahan dia, boleh tonton di saluran astro setiap hari ahad jam 9 malam ya.



Post a Comment

أحدث أقدم