Telefilem Dari Jauh

Telefilem Dari Jauh mengisahkan tentang kehidupan adik beradik yang banyak berubah selepas kematian ibu dan ayah mereka akibatkan kemalangan. 

Cerita ini di tayangkan untuk slot cerekarama dan dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Ariff Bahran, Shiha Zikir, Sandra Dianne dan Syazwan Zulkifly. 

Cerekarama ini akan diulang siarkan pada 13 Julai 2024 ini di saluran TV3. Kalau korang terlepas tayangan haritu, boleh tonton semula nanti ya.


Telefilem Dari Jauh



Sinopsis Dari Jauh


Telefilem ini mengisahkan tentang Erul dan juga Emi. Erul suka menonton persembahan ibu dan ayahnya yang selalu membuat persembahan di rumah perkahwinan.

Satu hari Band ibu dan ayahnya terlibat dengan kemalangan dan mereka meninggal dunia. sejak itu mereka berdua tinggal dengan pak cik mereka.

Namun, pakcik mereka merupakan lelaki yang kaki pukul dan salah sikit jer terus nak marah mereka berdua.

Erul nekad mahu lari dari rumah dan dia mengajak adiknya sekali. Mereka lari dari rumah dan menuju ke kuala lumpur. 

Mereka membesar dan bila sudah dewas mereka bekerja sebagai tukang basuih dan juga bekerja di pasaraya. Pada masa yang sama, erul juga suka memuat naik video nyanyiannya dengan adiknya di Youtube.

Sehinggalah mereka berjaya mendapat puluhan ribu followers di sosial media. 

Bila sudah faomus, muncul seorang influencer bernama Tasha yang nak berduet dengan Erul. Pada masa yang sama, Emi terasa hati dengan Erul kerana dia tidak dipandang oleh Erul.


Telefilem Dari Jauh

Dapatkah Erul dan Emi berbaik semula? apa kesudahannya selepas ni? korang kena tengok telefilem ni sampai habis tau.


Info dan Maklumat penting.


Tajuk : DARI JAUH

Waktu Tayangan : Sabtu 12 Januari 2019. 

Slot Cerekarama.

Pengarah : Kyoll Hamzah

Barisan pelakon-pelakon : Ariff Bahran, Shiha Zikir, Sandra Dianne, Syazwan Zulkifly, Azhan Rani, Shazzyra Edora


Penutup


Cerekarama ini  memang best dan akan diulangsiarkan pada 13 julai 2024 ini ya. Jangan lupa untuk saksikan semula cerita ni dan jangan lupa tengok sampai habis tau.


Post a Comment

أحدث أقدم