Cerekarama Anak Mat Salleh Tapi Melayu

Anak Mat Salleh Tapi Melayu. Sebuah cerekarama yang ditayangkan sempena hari kemerdekaan Malaysia ke 67 untuk tahun 2024 ini. Berlatar belakangkan semangat patriotisme menyayangi dan bangga dengan negara Malaysia menjadi kekuatan cerita ini.

Sebenarnya, cerekarama ini sudah pernah ditayangkan sebelum ini ketika menyambut hari Malaysia 16 september 2016 yang lalu. Namun ia sekali lagi ditayangkan di TV3 bagi memperingati dan menghargai jasa penduduk rakyat Malaysia sempena Merdeka.


Anak Mat Salleh Tapi Melayu

Minggu lepas, korang sempat tak tonton cerekarama pontianak 100kg tu? Memang lawak habis cerita tu kan. Ditambah pula dengan adegan-adegan komedi dari pelawak-pelawak terkenal tu membuatkan kita nak seram pun tak jadi kan. hehe

Kali ini sempena merdeka, kita tengok celoteh anak mat salleh celup dari oversea cuba untuk belajar mengenai budaya kita. Tapi sebenarnya mereka ni anak orang melayu juga tapi dok luar negara jauh di london tu. haa.. jom kita tengok!


Sinopsis Anak Mat Salleh Tapi Melayu

Cerekarama ini mengisahkan tentang 3 orang anak gadis kepada Datuk Borhan yang lahir dan membesar di luar negara. Mereka kurang didedahkan dengan keadaan Malaysia dan keunikan masyarakat kampung menyebabkan mereka sukar menghargai negara bapa mereka ini.

Jadi, Borhan pun mengambil inisiatif menghantar 3 anak gadisnya ke Malaysia dan meminta mereka mempelajari mengenai negara ini. Namun ketiga-tiga mereka yang terdiri daripada Amelia, Mary dan Jane gagal untuk mempelajari apa-apa berkaitan dengan Malaysia.

Datuk Borhan pun meminta tolong Nek Mah untuk mendidik anak-anaknya gar mencintai Malaysia dan menghargai penduduk sekeliling. Pada mulanya mereka malas dan tidak endahkan Nek Mah. Namun selepas itu, barulah rasa cintakan negara muncul selepas mendengar apa yang diajarkan oleh Nek Mah.


Cerekarama Anak Mat Salleh Tapi Melayu



Dapatkah mereka sayang dan kasih kepada Malaysia selepas itu? Jangan lupa untuk saksikan cerekarama anak mat salleh tapi melayu ini yang akan ditayangkan semula pada hari sabtu 31 ogos 2024 ini di saluran TV3. Memang rugi kalau korang tak tengok!


 INFO TAMBAHAN

Telefilem ini kerap di tayangkan di saluran TV9 sebelum ini. Namun kini mereka kembali berpindah ke TV3 semula di slot cerekarama seperti awal tayangannya.

Bagi yang tak tahu, pengarah cerita anak mat salleh tapi melayu ini adalah Nizam Zakaria dan dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Diana Danielle, Amelia Henderson, Jelita Kako, Ridzuan Hashim, Zarina Zainuddin, Yusof Hashim, Aznah Hamid, Sasa DFKL, Fahad Iman, Sean Lee dan Bob Yusof.

Jangan Lepaskan peluang untuk menonton cerekarama ni sebabnya pelakon-pelakon dia pun best dan yang paling penting cerita dia memang santai dan rileksjer. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga di rumah anda hujung minggu ini.

Selamat menonton!


Post a Comment

Previous Post Next Post