Lagu Untuk Suri

Hujung minggu ini, Cerekarama lagu untuk suri akan ditayangkan semula untuk tontonan rakyat Malaysia. Dibintangi oleh pelakon hebat seperti Naim Daniel Sissy Iman dan juga Sweet Qismina.

Untuk pengetahuan korang, cerita ini kali pertama di tayangkan pada 1 Feb 2020 dan kemudian diulangsiarkan pada 10 April 2021. 

Kini, ia akan dulangsiarkan sekali lagi pada 17 Ogos 2024 ini di saluran TV3.


Lagu Untuk Suri



Info dan Pelakon

Mungkin ramai dah terlupa dengan cerekarama ni kan. jadi aku kongsikan senarai pelakon yang terlibat antaranya adalah Naim Daniel, Sissy Iman, Sweet Qismina, Jesse Lim, Aida Aris, Aman Graseka.


SINOPSIS 


Seterusnya, cerekarama lagu untuk suri ini mengisahkan tentang dua adik beradik yang bergaduh bagi mendapatkan seorang lelaki. Ia mengetengahkan elemen cinta segi tiga yang dasyat di antara adik beradik dan juga orang yang mereka minati.

Suri dan Sara merupakan adik beradik kandung yang sudah lama membesar bersama. Namun kini mereka bergaduh kerana ingin mendapatkan cinta dan merebut hati Johan Abhar yang merupakan penyanyi muda dan kacak.

Johan juga merupakan penyanyi baru yang sedang meningkat naik. Dapatkah Sara dan Suri menawan hati Johang? kalau nak tahu, kenalah tonton hujung minggu ini.

Review

Bukan mudah untuk menulis mengenai review cerekarama ini. sebabnya ramai sudah tonton lagu untuk suri ni jadi aku kongsikan juga ya.

Yang pertama, cerita ni memang lain daripada lain. selalunya kita lihat orang luar bergaduh untuk dapatkan lelaki kan. tetapi kali ini, adik beradik yang bergaduh bagi mendapatkan kekasih hari.

Yang Kedua, aku suka sangat dengan gandingan pelakon lama dan baru dalam cerita ni. Aman Graseka, Naim Daniel membuatkan aku terpegun menonton jalan cerita ini.

Ketiga, aku boleh simpulkan yang drama ini memang perlu ditonton oleh rakyat Malaysia kerana jalan cerita yang menarik dan mempunyai nilai dan pengajaran untuk diambil.

Yang keempat, Cerekarama ini sesuai untuk ditonton seisi keluarga dan tidak membuatkan korang stress dengan jalan ceritanya.

Ramai yang tak sabar nak tengok cerita ni kan. Nantikannya pada hari sabtu ini. 

Selamat menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post