Header Ads

Telefilem Derai

Telefilem Derai merupakan sebuah karya yang ditayangkan di slot cerekarama dan dibintangi oleh pelakon hebat seperti Mimi Lana, Syafiq Kyle dan Redza Rosli. 

Kali pertama ditayangkan adalah pada tahun 2020 yang lalu dan untuk tahun 2024 ia akan ditayangkan semula pada 10 ogos 2024 ini di slot yang sama.

Minggu Lepas kita dah tengok cerekarama kita merdeka, kalau korang tak tengok lagi cuba tengok tau. Sebab cerita tu menarik dan berkisar mengenai merdeka.


Telefilem Derai


Info dan Pelakon Derai TV3


Berikut merupakan senarai pelakon dan info berkaitan cerekarama derai ini ya.

Cerita ini kali pertama di tayangkan pada Hari Sabtu, 5 September 2020, 10:00 malam dan akan diulang siarkan untuk kali kedua pada hari Sabtu, 10.8.2024 jam 10 malam juga.

Ia masih menggunakan tayangan untuk slot cerekarama tv3.

Antara pelakon yang terlibat dalam cerekarama ini adalah seperti Mimi Lana, Syafiq Kyle, Redza Rosli, Riz Amin, Jay Iswazir, Puteri Rafasya dan Wan Hanafi Su.

Dalam cerita ini, Mimi Lana membawa watak sebagai Nurul dan Redza Rosli sebagai Bakar. Manakal Wan Hanafi Su pula memegang watak sebagai Tok Su.

Syafiq Kyle membawa watak sebagai suami Nurul iaitu Khalid. Manakala Riz amin sebagai Lan dan Jay Iswazir sebagai Azman.

Gandingan pelakon berpengalaman ini menguatkan jalan cerita cerekarama derai ni dan seeterusnya membuatkan ramai menyukai cerita ini.

Korang dah tengok ke belum?


SINOPSIS DERAI


Cerekarama ini mengisahkan tetnang Nurul. Dia merupakan seorang isteri kepada Khalid dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Syakila. 

Keluarga kecilnya itu menetap di kampung dan jauh dari bandar. Pada masa yang sama mereka melakukan bisnes kecil-kecilan di kampung.

Satu hari, Baharudin dan Azman yang merupakan kawan baik Khalid datang ke kampung untuk memujuk Khalid join pernigaan mereka. 

Impian dua orang itu adalah mahu mengembangkan bisnes mereka ke luar negara. Khalid teruja namun Nurul tidak bersetuju.

Dia bimbang suaminya yang muda percaya dan baik hati itu akan terkena niat buruk orang lain. Sangkaan Nurul ternyata benar. Suaminya meninggal dunia atas kecuaian orang lain.

Jadi Nurul nekad bangkit menuntut bela terhadap 3 rakan suaminya yang menyebabkan kematian suami serta anaknya.

Dapatkah Nurul menang kes ini? atau jiwanya bakal terus kesedihan? sama-sama kita saksikan ya.

ليست هناك تعليقات

يتم التشغيل بواسطة Blogger.