Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi : Sinopsis Episod Penuh

Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi : Sinopsis Episod Penuh. Ini merupakan sebuah drama bersiri terbaru karya arahan Micheal Ang yang mula ditayangan sejak 25 september 2024 di saluran Astro Ria. Drama ini sangat menarik kerana di ambil dan di adaptasi dari drama Jepun yang bertajuk Mr Hiiragi's Homeroon yang terkenal di sana.

Untuk versi Malaysia, Drama kelas tahanan cikgu hiragi ini dibintangi oleh pelakon muda yang sangat ramai dan ditambah pula dengan pelakon muda yang sedang meningkat naik. Antaranya adalah seperi  Nadhir Nasar, Erysha Emyra, Arena Wan, Qistina Rania, Evertts Gomes dan Arabella Ellen,.





Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi


Sinopsis Penuh


Drama kelas tahanan cikgu hiragi ini menceritakan tentang seorang cikgu yang sudah dua tahun mengajar disebuah sekolah bernama Sekolah Raja Ishak. Dalam tepoh itu, ada satu kes kematian yang melibatkan seorang murid yang masih belum menemui jawpaannya.

Sepuluh hari sebelum sesi persekolahan tamat, Cikgu Hiragi mengumpulkan semua anak muridnya di sebuah kelas.

Para pelajar mulanya kebingungan kerana tidak tahu apa yang berlaku dan mereka tidak menyangka akan menjadi tahanan kelas oleh cikgu tersebut.

Tujuan utamanya adalah untuk merungkai dan membongkar misteri kematian pelajar tersebut kerana semua mereka tidak mendedahkan perkara sebenar ketika ditanya mengenai insiden itu.

Dapatkah Cikgu Hiragi menyelesaikan misteri tersebut? Rahsia apakah yang disembunyikan oleh pelajar kelas 5A tersebut sehingga mereka perlu ditahan? Kalau nak tahu, kenalah tonton sampai habis drama ini.

Info Dan Pelakon.

Kalau korang suka cerita misteri macam ni, kelas tahanan cikgu hiragi ini sesuai ditonton oleh korang. Jalan ceritanya menarik dan lain daripada cerita melayu yang lain.

Drama ini juga mempunyai 20 episod keseluruhannya dan mula ditayangkan sejak 25 september 2024 di saluran Astro Ria. Waktu Tayangannya adlah pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9 malam!


Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

Ia juga merupakan karya arahan Micheal ang dan dibantu dengan penulis skrip yang hebat seperti Hafiz Abu Bakar, Keen, Adib Zaini, Bainun Waheeda, Baizura Kahar dan Insyirah Borhan.


Watak Pelakon

Nadhir Nasar sebagai Cikgu Hiragi

Erysha Emyra sebagai Aisyah

Arena Wan sebagai Sofia

Qistina Rania sebagai Reena

Evertts Gomes sebagai Ashraf

Arabella Ellen sebagai Alisya

Cahaya Nilam sebagai Liyana

Razin Qidran sebagai Irwan

Kim Azzim sebagai Mizi

Baihaqi Majid sebagai Ammar

Azqa Aziz sebagai Sarah

Rasyidin Zainal sebagai Adam

Aizat Saha sebagai Awie

Aiman Ameer sebagai Kerol

Elyshia Abegail sebagai Icha


Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

Nurel Baharin sebagai Melissa

Hakim Khan sebagai Kamal

Kecik sebagai Pendek

Syafiq Irfan sebagai Rizal

Aiman Shah sebagai Yusry

Cora Waybin sebagai Jessica

Alvy Joanna sebagai Siew May

Riz Amin sebagai Cikgu Syed

Azlan Komeng sebagai Inspektor Rashid

Erry Putra sebagai Nasir

Kahoe Hon sebagai Chi Siang

Syamim Roslan sebagai Cikgu Safwan

Amira Rafik sebagai Cikgu Nora

Royce Iqram sebagai Detektif Pajey


Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

Penutup


Walaupun baru sahaja ditayangkan drama kelas tahanan cikgu hiragi ini sudah mempunyai peminat tersendiri apabila video promosi yang dimuat naik di laman tiktok sudah mencecah jumlah like ratusan ribu.

Jadi tak mustahil ia akan menjadi antara drama wajib ditonton pada tahun ini. Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama ini di saluran Astro Ria.


Post a Comment

Previous Post Next Post