GOH SZE FEI DAN NUR IZZUDDIN CIPTA FENOMENA!

 GOH SZE FEI DAN NUR IZZUDDIN CIPTA FENOMENA! Kelibat mereka di pentas final china open 2024 sudah membuatkan rakyat malaysia bangga dengan mereka. Namun mereka tetap membalas kepercayaan itu dengan kemenangan di pentas final sterusnya menjulang trofi terbuka China sebentar tadi.

Lebih manis, kemenangan itu juga merupakan satu-satunya kemenangan yang diperoleh negara lain selain China di pentas Final terbuka negara berkenaan. Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin bertemu dengan pemain tuan rumah, He Ji Ting dan Ren Xiang Yu dalam perlawanan final hari ini.


GOH SZE FEI DAN NUR IZZUDDIN CIPTA FENOMENA!



Mereka menang dengan keputusan 13 - 21, 21-14 dan 21-17. Di set pertama, Pemain China bijak membaca perlawanan dan terus menerus mendapat momentum baik mereka sehinggakan menyukarkan pergeraka Sze Fei dan juga Izzuddin. Hasilnya mereka menang dengan jurang mata yang besar iaitu 13-21.

Sebelum bersambung babak kedua, pemain China mengadu mengalami kecederaan dan mereka mendapat rawatan yang menyebabkan perlawanan dihentikan seketika.

Selepas perlawanan bersambung, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin bijak menggunakan peluang kecederaan yang di alami lawan dengan bermain bermati-matian sehingga memperoleh kemenangan 21-14.

Di set ketiga, beregu tuan rumah cuba untuk bangkit namun masih digagalkan oleh Fei din dalam set ini. Hasilnya, beregu negara mendominasi perlawanan dan mengalahkan beregu china dengan keputusan 21-17. 

Dengan kemenangan itu menyaksikan Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin menjulang trofi terbuka china bertaraf super 1000 yang menjadi idaman para pemain-pemain hebat dunia.

Tahniah FeiDin!

Post a Comment

Previous Post Next Post