Header Ads

Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Melangkah ke Final China Open 2024

 Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Melangkah ke Final China Open 2024. Satu berita gembira buat rakyat Malaysia apabila ada wakil negara di pentas final terbuka China esok. Pasangan beregu lelaki negara ini menundukkan bintang Indonesia dengan keputusan straight set.

Sebentar tadi berlangsungnya perlawanan semi final China open 2024 yang menyaksikan Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin menentang pemain Indonesia Muhammad Shohibul Fikri dan juga Daniel Marthin. Keputusan perlawanan menyaksikan beregu lelaki negara menang 21-14 dan 24-22.


Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Melangkah ke Final China Open 2024


Di set pertama perlawanan di dominasi oleh Goh Sze fei dan nur izzuddin. Banyak gerakan pantas dan on point dilakukan bintang badminton negara itu dan menghasilkan keputusan 21-14. Begitu jauh perbezaan mata di antara mereka dan lawan mereka.

Bersambung di set kedua, Shohibul fikri dan daniel marthin mula garang apabila mereka mendahului dua mata awal. Namun begitu, beregu lelaki negara bangkit mendahului perlawanan selepas itu. Tetapi beregu indonesia itu tetap memberi cabaran apabila mereka silih berganti mendapat mata dan hasilnya kita menang dengan keputusan 24-22.

Esok kemungkinan besar Goh sze fei dan nur izzuddin boleh bertemu beregu negara kita tetapi dengan syarat mereka menang lawan lawan mereka sebentar lagi.

Tahniah Fei din.

ليست هناك تعليقات

يتم التشغيل بواسطة Blogger.