Markah Kilauan Emas 2024 Minggu ketiga

Markah Kilauan Emas 2024 Minggu ketiga. Selesai sudah persembahan minggu ke3 semalam dan pasti ramai yang berpuas hati menonton persembahan kesemua peserta kilauan emas 2024 untuk minggu ini. Tapi ada perkara yang menyedihkan berlaku iaitu dua peserta tersingkir semalam yang menyaksikan baki 10 peserta bakal beraksi pada minggu hadapan.

Minggu ketiga ini, juara kita adalah Maria apabila dia mendapat markah 75.85% dari persembahannya. Dia yang menyanyikan lagu Penawar Rindu oleh Zaleha Hamid berjaya mengekalkan kejuaraannya dan menewaskan peserta lain.


Markah Kilauan Emas 2024 Minggu ketiga


 $ads={1}

Sementara itu, di tempat kedua, Atie yang berjaya menyanyikan lagu dengan baik sewaktu persembahannya semalam dengan 75.17%. Tidak banyak beza dengan Maria dan jika konsisten tak mustahil dia mampu mendapat tempat pertama pula.


Markah Penuh : Minggu 3. Roy Azman Jatuh kerusi masa LIVE!


Sementara itu, dua peserta yang tersingkir pada minggu ini adalah Dino dan juga Hamid. Mungkin tidak ada rezeki untuk mereka menyambung ke pusingan seterusnya. Dino mendapat markah 57.48% manakala Hamid engan 56.04%.

Terima kasih buat peserta Dino dan juga Hamid yang telah menghiburkan malam sabtu selama 3 minggu ini.  Siapa pula peserta yang akan tersingkir pada minggu hadapan nanti? Ramai yang tak sabar nak tahu kan.

Jangan lupa untuk saksikan konsert kilauan emas 2024 minggu keempat pada hari Sabtu ini jam 9 malam di astro Prima!

Post a Comment

Previous Post Next Post