Header Ads

Ng Tze Yong Kembali Berlatih

Ng Tze Yong Kembali Berlatih. Berita yang menggembirakan rakyat Malaysia apabila pemain badminton negara, Ng Tze Yong sudah kembali berlatih bersama skuad kebangsaan menurut kata Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky.


Lebih manis lagi, Rexy berkata Tze yong sudah turun berlatih sejak dua minggu yang lalu dan masih perlu menjalani rawatan susulan bagi menyembuhkan sakit belakannya.

Untuk rekod, Ng Tze yong mengalami kecederaan yang agak lama apabila kali terakhir dai bermain adalah pada bulan Februari yang lalu kerana kecederaan belakang yang di alaminya.


Ng Tze Yong Kembali Berlatih



berkata kepada media, Rexy berkata: 

"Sudah berlatih (dan) bergerak dengan pergerakan lebih jauh cuma tidak sepenuhnya. Dia kalau datang sini (Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mungkin dalam hanya satu jam maksimum.



"(Namun) Tze Yong memang sudah mempunyai pergerakan positif (dan) tidak ada masalah untuk bergerak cuma (masih) buat rehabilitasi untuk bangunkan kembali dia punya kekuatan (seperti sedia kala)," katanya.


Ng Tze yong dijangka akan kembali menyertai kejohanan BWF mulai tahun hadapan selepas dia betul-betul kembali sembuh dari kecederaannya itu. seronok dengar Tze yong bakal kembali. Memang sepanjang dia rehat ni macam-macam dah berlaku dalam dunia badminton negara.

Kita harap proses penyembuhan dia berjalan lancar dan dia dapat kembali bermain seperti biasa seperti sebelum ini. Get Well soon Ng Tze Yong.


No comments

Powered by Blogger.