Header Ads

Aaron Chia dan Wooi Yik Mahu Layak ke FInal World Tour 2024

Aaron Chia dan Wooi Yik Mahu Layak ke FInal World Tour 2024. Disebabkan tidak menyertai bebearapa kejohanan sebelum ini, peluang beregu lelaki negara untuk layak ke pentas akhir jelajah BWF nampak agak sukar memandangkan kejohanan itu memerlukan ranking yang tinggi.

Ditambah pula dengan kecederaan yang di alami wooi yik ia sedikit sebanyak menyukarkan mereka untuk bermain di prestasi terbaik mereka dan mendapat banyak mata.


Aaron Chia dan Wooi Yik Mahu Layak ke FInal World Tour 2024



Wooi Yik berkata :   


"Sekarang ini tahap prestasi kami masih belum sampai 100 peratus lagi jika dibandingkan dengan Olimpik tempoh hari.


"Jadi saya dengan Aaron memang tak menaruh harapan tinggi sangat sebabnya kita faham situasi ketika ini.


"Saya sudah berjuang daripada Tokyo 2020 hingga Paris 2024 lebih kurang tujuh tahun. Tak berhenti sampai sekarang.


"Jadi penurunan prestasi itu bukan sesuatu yang normal bagi kami, jadi saya tak letak harapan tinggi untuk ke Jelajah Dunia Akhir itu," katanya 

--

Sebagai peminat badminton negara, kita doakan agar mereka kembali  ke prestasi terbaik mereka dan dapat melayakkan diri ke pusingan akhir World Tour 2024 nanti.

No comments

Powered by Blogger.