Cerekarama Cik Petir Putrajaya

Telefilem menarik minggu ini, Cerekarama Cik Petir Putrajaya yang dibintangi pelakon hebat seperti Nabila Razali, Niezam Zaidi dan juga Julia Farhana Marin. Lebih menarik, karya telefilem ini merupakan hasil air tangan Aziz M. Osman tau. Memang korang tak boleh lepaskan peluang untuk menonton cerekarama ini malam nanti.

Kali pertama ditayangakan adalah pada 8 November 2020 yang lalu dan kini di ulang siarkan di slot cerekarama pula pada 5 Oktober 2024 pada jam 10 malam.


Cerekarama Cik Petir Putrajaya





Korang mesti nak tahu kan sebab apa cerekarama ini di namakan dengan nama Cik Petir. Siapakah cik petir ni? korang rasa siapa sebenarnya disebalik nama tu? Disamping itu juga, lakonan Nabila Razali dalam cerita ni mendapat pujian ramai tau.

Celoteh barisan pelakon dalam cerita ni juga sedikit sebanyak membantu korang untuk memahami jalan cerita ini.


SINOPSIS CIK PETIR PUTRAJAYA


Cerekarama Cik Petir Putrajaya

Sinopsis cerekarama mengisahkan tentang seorang wanita yang juga seorang peniaga yang berjaya bernama Peah. Dia ni memang berjaya tetapi ada satu masalah yang dilaluinya iaitu dia masih belum jumpa jodohnya.

Satu hari peah nekad mahu mencari jodoh tapi caranya lain daripada yang lain. Dia mahu tolong orang lain dapatkan jodoh dan pada masa yang sama dia berharap dirinya juga mendapat jodoh kerana meneolong orang tersebut.


Dapatkah Peah mencapai impiannya itu? jangan lupa tonton cerekarama cik petir putrajaya lakonan nabila razali ini yang akan ditayangkan pada malam ini.

Watak dan Pelakon


Dalam cerekarama menarik ini, kita dibintangi pelakon hebat yang membawa watak seperti Nabila Razali sebagai Cik Peah. Kita juga adalah Julia Farhana sebagai Leha dan Niezam Zaidi sebagai Aqim. Kemudian kita ada pelakon Noryati Binti Taib sebagai Mak Peah dan Raja Azura sebagai Prof. Naquyah.

Cerekarama Cik Petir Putrajaya


Seterusnya, pelakon Adam John sebagai Johari, Ameerul Asyraf sebagai Nasim dan pelakon Elisha Sandha sebagai Melur Qalbu. Barisan pelakon memang menarik dan memang puas hati layan cik petir putrajaya ni tau. Tak sabar nak tengok yang ulangan pula ni.

Info

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam cerekarama ini adalah seperti Nabila Razali, Niezam Zaidi, Julia Farhana Marin, Noryati Taib, Raja Azura dan juga Shahrul Hakimi. 


Cerekarama Cik Petir Putrajaya

Skrip cerita ini ditulis oleh Sham Hashim tau. Jangan lepaskan peluang untuk menonton cerekarama ini memandangkan barisan pelakon yang menarik dan juga arahan pengarah terkenal. Pasti jalan cerita dia best dan tidak membosan kan.

Aku suka cerita ni sebab cik petir di putrajaya ini tidak membosankan sebab jalan cerita dia sangat teratur dan tidak cliche macam cerita-cerita lain. Lagi satu, aku suka tengok gandingan Nabila Razali, Julia Farhana dan juga Niezam zaidi ini.


Cerekarama Cik Petir Putrajaya

Penutup


Kalau tak silap aku, cerekarmaa cik petir putrajaya ni ditayangkan waktu negara dilanda wabah covid dulu kan. Jadi mungkin ramai yang dah tengok atau belum tengok cerita ni. Barisan pelakon yang berkualiti dan mempunyai aura tersendiri menjadikan cerita ini sangat menarik tau.



Post a Comment

Previous Post Next Post