Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Juara Arctic Open 2024

 Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Juara Artic Open 2024. Satu perlawanan yang sangat sengit sehingga berlarutan selama 1jam 12 minit akhirnya menjadi milik Malaysia apabila pemain negara berjaya memenangi perlawanan terakhir di set ketiga.

Hari ini, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin beraksi di pentas final menentang pemain dari Denmark iaitu KIM ASTRUP/ ANDERS SKAARUP RASMUSSEN. Mereka juga merupakan pilihan kedua kejohanan manakala pemain negara pula merupakan pilihan kelima kejohanan.

Sze Fei dan Nur Izzuddin menang dengan keputusan 15-21, 21-15 dan 21-19 dalam perlawanan final ini seterusnya menjadi juara arctic open 2024 kali ini. 


Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Juara Arctic Open 2024



Diset pertama, memang nampak Sze Fei dan Izzuddin agak kelam kabut bermain dan banyak hilang mata. Mereka juga dilihat lambat settle down sehinggakan pemain lawan mudah membaca gerak geri mereka. Hasilnya mereka terpaksa akur dengan kekalahan set pertama dengan keputusan 15-21.

Bersambung set kedua, Kedua-dua pemain negar sudah tahu apa nak buat. Mereka sudah tahu taktikal lawan dan banyak bertahan dengan baik. Kita tahu perlawanan ini berintensiti tinggi dan satu kesalahan akan membawa padah.

Namun ketenangan Sze Fei dan Nur Izzuddin jelas terpancar dan mereka tidak putus asa sehingga tamat set kedua. Hasilnya mereka menang dengan keputsan 21-15. Bersambung di set ketiga. Pemain Denmark hampir sahaja menamatkan permainan dengan lebih awal apabila mereka hanya tinggal dua mata sahaja lagi untuk menang.

Namun Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin bijak mencari peluang untuk mendapatkan mata akhir seterusnya memenangi perlawanan ini dengan keputusan 21-19. Tahniah diucapkan kepada Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin atas kejayaan ini.

Kita jumpa lagi di Denmark Open pada selasa ini!


Post a Comment

Previous Post Next Post