Pearly Tan dan Thinaah Dedah Punca Balik Awal Dari Denmark Open 2024

Pearly Tan dan Thinaah Dedah Punca Balik Awal Dari Denmark Open 2024. Kali ini bukan rezeki mereka untuk bermain di pentas yang lebih baik seperti Arctic Open. Mereka terpaksa akur kekalahan di tangan beregu jepun di pentas suku akhir sahaja.

Pemain bergu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah kalah kepada Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun 20-22, 19-21 selepas bertarung hampir satu jam dalam perlawanan yang berlangsung pada jumaat yang lalu.


Pearly Tan dan Thinaah Dedah Punca Balik Awal Dari Denmark Open 2024



Sudah pasti kekalahan itu sedikit sebanyak membuatkan peminat-peminat badminton negara mempersoalkan kenapa mereka kalah. sedangkan mereka menang dengan bergu yang sama di terbuka artik minggu lalu.

Thinaah berkata :


"Dua minggu di Eropah semuanya berjalan lancar tetapi hari ini kami keletihan. Setiap kali masuk dalam perlawanan, kami memang bawa semangat juang Malaysia," katanya.


Sebagai peminat, kita faham mengenai keletihan para pemain negara apabila berkampung di luar negara selama 2 minggu untuk dua kejohanan. Jadi kita harap mereka kembali pulih dari keletihan dan beraksi dengan lebih baik di perlawanan seterusnya.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post