Selangor FC Mudah Kalahkan Jeonbuk Hyundai

 Selangor FC Mudah Kalahkan Jeonbuk Hyundai. Turun tanpa dua tongga utama mereka, selangor fc tetap garang bermain di hadapan penyokong sendiri. Mereka berjaya mengalahkan pasukan gergasi daripada korea selatan, Jeonbuk Hyundai dengan keputusan 2-1.

Jelas ini keputusan yang sangat baik bagi pasukan Selangor dan ia membanggakan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Sebelum perlawanan, ramai menjangkakan selangor fc akan menjadi mangsa belasahan jeonbuk memandangkan JDT yang kuat pun kena belasah dengan gwangju fc semalam.

Namun, Selangor fc menunjukkan kualiti mereka dengan bermain dengan sangat baik dalam perlawanan ini. Gol pertama muncul menerusi pemain muda negara, Harith Haiqal pada minit ke 31. Kemudian Ali Olwan bijak menyempurnakan peluang dengan menjaringkan gol kedua Selangor FC pada minit ke 33.


Selangor FC Mudah Kalahkan Jeonbuk Hyundai


Jeonbuk cuba bangkit dan mendapat gol menerusi kwon chang hoon pada minit ke 40. Namun selepas itu tiada pertambahan jaringan daripada kedua-dua pasukan.


Statistik selangor vs jeonbuk


Dalam perlawanan ini, pasukan Selangor melakukan 13 percubaan kearah pintu gol Jeonbuk FC. manakala pasukan lawan itu hanya melakukan 10 percubaan kearah pintu gol selangor yang menyaksikan 3 on target. Selangor melakukan 6 shot on target sepanjang perlawanan ini.


Namun begitu, Jeonbuk lebih mendominasi perlawanan dengan 66% manakala Selangor dengan 34% ball possesion.


Sementara pass accuracy Jeonbuk hyundai pula sangat tinggi dengan 91% manakala selangor dengan 79 %.


Satu kad merah dilayangkan kepada Yohandry Orozco pada minit ke 97 selepas dia mengasari lawan. hasil kemenangan ini selangor fc kini berada di kedudukan pertama kumpulan H dengan 7 mata. Mereka juga belum terkalah lagi setakat ini dalam saingan ACL TWO 2024.

0 Comments

Post a Comment

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post