Header Ads

Gegar Vaganza 11 Kembali ke Format Asal

Gegar Vaganza 11 Kembali ke Format Asal. Selesai sudah majlis pengenalan peserta GV11 semalam dan rata-rata peminat sudah tidak sabar menyaksikan rancangan kegemaran ramai ini ditayangkan. Memasuki musim baru, tetapi pihak produksi mengambil nasihat netizen dengan mengembalikan rancangan ini ke format asal pertandingan.

Mereka kembali menghimpunkan artis-artis lama yang mempunyai kehebatan satu ketika dahulu untuk kembali beraksi di atas pentas GV. 


Gegar Vaganza 11 Kembali ke Format Asal



Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad BERKATA :

“Kalau kita lihat Gegar Vaganza 9 & 10 konsepnya agak berbeza untuk GV 9 kita campur ada yang masih aktif dan juga tidak. Dan untuk musim kesepuluh kita memang sudah ada rancangan untuk mengadakan All Stars bagi meraikan sedekad penganjuran program itu.


“Selepas kita mendapat maklum balas daripada peminat yang mahukan format asal GV dikembalikan, kami mendengar permintaan mereka untuk melihat penyanyi-penyanyi lama yang mempunyai one hit wonder beraksi di pentas GV.


“Kerana itu adalah resepi GV dari mula lagi, jadi kami bawakan kembali format asal GV untuk edisi kali ini,” katanya.

Raqim juga berkata ada nama-nama peserta yang sudah pernah menyertai rancangan realiti lain sebelum ini dalam short list mereka. Namun terpaksa di tahan kerana mengambil kira format asal rancangan ini untuk musim ini.

Jadi mungkin nama-nama itu akan dikeluarkan di musim-musim yang akan datang.Untuk korang yang tak tahu, Gegar Vaganza 11 akan mula tayangannya mulai 24 November 2024 ini dan akan disiarkan secara langsung di Aastro Ria.

ليست هناك تعليقات

يتم التشغيل بواسطة Blogger.