Header Ads

Liza Aziz Syukur Nyanyiannya di Terima.

Liza Aziz Syukur Nyanyiannya di Terima. Juara Minggu 1 GV 11 mendedahkan yang dia bersyukur apabila penampilannya di dalam Gegar Vaganza diterima peminat dan juri. Liza berjaya mendapat markah tertinggi minggu ini dan mengenepikan peserta-peserta lain. Liza Aziz mendapat markah 77.50 % di tempat pertama dan meninggalakn pesaing di tempat kedua iaitu Dyrga Dadali dengan 67.50%.


Liza Aziz Syukur Nyanyiannya di Terima.



Liza berkata : 

“Apa-apa pun Alhamdulillah nyanyian saya diterima.


“Expectation itu biasa-biasa sahaja, sebab kita tahu kadang-kadang kita diatas esok lusa kalau kita nyanyi tak betul akan turun kebawah. Jadi alhamdulillah dapat markah tertinggi,” katanya.

Liza juga mengulas mengenai komen Tok Ram mengenai persembahannya.

“Ya memang nervous.

“Kalau Tok Ram kritik dia tak peduli pun kan. Jadi InsyaAllah saya akan cuba buat yang terbaik untuk minggu mendatang,” 

--

Persembahan Liza Aziz memang lain daripada yang lain. Namun harus diingat yang Gegar Vaganza  merupakan satu rancangan yang long run. Sangat lama dan para peserta perlu konsisten untuk mara ke final. Banyak kali sudah yang diharapkan menang tapi tak menang pun.

Jadi persembahan minggu pertama akan sentiasa menjadi benchmark untuk minggu seterusnya. Tak mustahil Liza Aziz boleh dinobatkan sebagai juara gv 11 secara keseluruhan nanti. Jadi Semoga berjaya buat Liza dan semua peserta gegar vaganza yang ke sebelas.


No comments

Powered by Blogger.