Tok Ram dedah pemarkahan di Gegar Vaganza
Tok Ram dedah pemarkahan di Gegar Vaganza. Setiap musim pemarkahan gegar vaganza akan menjadi pertikaian netizen apabila peserta kegemarana mereka tidak menang pada minggu tersebut. Yang pasti menjadi tumpuan adlaah ketua juri iaitu Datuk Ramli M.S. Tok Ram ni dah sebelas season pun dok kena kecam lagi. hehe..
Tok Ram dedah pemarkahan di Gegar Vaganza
Tok Ram tampil mengatakan yang para juri begitu berhati-hati dalam memberi markah para peserta gv11 kali ini.
"Markah yang kita bagi itu kita pun berhati-hati.
"Kita tak nak bagi yang paling tinggi itu sehingga 90,80 sebab kita kedekut. Jika mereka berikan persembahan yang betul-betul memukau maka mereka akan dapat markah itu," katanya.
"Tiada masalah langsung dengan persembahan Reshmonu, dia nyanyi dengan sangat elok. Tapi melodi kurang hanya kepada gimik. Sebab tu saya cakap saya menantikan dia nyanyi lagu orang, benar bukan mudah untuk nyanyi lagu rap tapi untuk nyanyi lagu bernada dan dapat feel lebih sukar.
"Lagi satu ini adalah lagu dia jadi kami mengukur dari kesukaran lagu tersebut seperti lagu Illa Sabry, dengan dia yang sudah 20 tahun tidak menyanyi maka teknik itu agak kurang.
"Sama seperti Aurora juga ada orang yang buat persembahan lebih baik pada malam ini," ujarnya kepada Gempak.
Bonda Hetty juga menambah,
"Secara peribadi saya tidak mengenali mereka, jadi minggu ini saya ibaratkan minggu suai kenal.
"Untuk minggu kedua, ketiga mungkin sudah ada perbezaan. Jadi komen daripada juri sekiranya pedas atau apa terima sahaja. Kerana kami disini bukan untuk mengajari namun adalah untuk berkongsi dengan anda semua sudah boleh menyanyi secara profesional," Kata Hetty.
--
Jadi minggu depan pasti akan lebih serius dan lebih panas kalau para peserta tidak buat yang terbaik dalam persembahan mereka nanti. Semoga berjaya buat kesemua para peserta gegar vaganza 11 yang masih kekal minggu hadapan.
Post a Comment