Header Ads

Arrora Salwa Nafi Ada Masalah Dengan Shiela Abdul

Arrora Salwa Nafi Ada Masalah Dengan Shiela Abdul. Baru-baru ini tular mengenai video dalam satu podcast yang menyaksikan Shiela Abdul ditemubual dan ditanya adakah ada masalah di gv dengan Arrora kerana mereka berdua umpama senior junior dalam bidang pramugari. 

Arrora tampil menjelaskan yang mereka berdua memang tidak ada perselisihan faham sebaliknya video itu hanya untuk kontent sosial media sahaja.


Arrora Salwa Nafi Ada Masalah Dengan Shiela Abdul



Arrora berkata"

“Sebenarnya perselisihan faham antara saya dan Shiela Abdul itu tidak wujud.

“Podcast itu hanya memotong bahagian hot itu sahaja, tapi kalau anda tengok video penuh, anda akan tahu apa yang terjadi. Sebenarnya tiada apa pun yang berlaku.

“Kami ini satu tempat kerja, kami baik sebelum kami masuk GV ini pun saya dah hubungi dia dan kongsi mengenai perkara itu. Henti-hentikanlah benda-benda negatif ini,” katanya kepada Gempak.

Arora juga menjelaskan dan menafikan dakwaan punya masalah dengan shiela abdul dengan berkata: 

“Orang akan sentiasa berfikiran itu ini, jadi terpulanglah kepada mereka nak cakap apa.

“Yang penting kami berdua okay. Lambat lagi saya nak ada masalah dengan dia, nanti saya keluar makan dengan Shiela saya buat video ya,” ujarnya.

Aku pun dah tengok video tu, tapi shiela tak kata yang dia ada masalah dengan Arrora pun lebih kepada marketing sahaja untuk melariskan video tersebut.

Apa-apa pun, harap kedua-dua mereka tidak terganggu dengan kontroversi yang dicipta ini. Mereka perlu fokus kerana cabaran makin sukar di pentas gegar vaganza. 

No comments

Powered by Blogger.