Header Ads

Goh Sze Fei Dan Nur Izzuddin Beregu Lelaki NO 1 Malaysia

Goh Sze Fei Dan Nur Izzuddin Beregu Lelaki NO 1 Malaysia. Satu berita yang sangat positif diterima apabila melihat ranking terbaru badminton dunia menyaksikan beregu gandingan Sze Fei dan Izzuddin berjaya memintas Aaron chia dan soh wooi yik.

Ranking BWF yang baru dikeluarkan memperlihatkan gandingan goh sze fei dan nur izzuddin berjaya naik 4 anak tangga ke ranking no 3 dunia selepas melayakkan diri ke pentas final untuk pusingan akhir bwf world tour baru-baru ini.


Goh Sze Fei Dan Nur Izzuddin Beregu Lelaki NO 1 Malaysia



Selain itu, prestasi cemerlang mereka sepanjang tahun ini juga turun menyumbang kepada peningkatan prestasi mendadak untuk kedua-dua mereka yang digandingkan sejak mei 2023 itu.

Izzudin mengulas mengenai kenaikan ranking berkata:   


"Bagi sesetengah orang, mungkin ranking itu hanya nombor tapi bagi kami, ia motivasi untuk kami mendapatkan sesuatu kejayaan (kejohanan akan datang," katanya.

Kita juga berharap agar kedua-dua mereka dapat mendapatkan rehat secukupnya sebelum aksi musim baru selepas tahun baru bermula. Pasti untuk tahun 2025 nanti akan ada lebih banyak cabaran dan dugaan menanti mereka.

Tahniah diucapkan kepada Goh sze Fei dan Nur Izzuddin selepas kejayaan yang mereka harungi di pentas dunia sepanjang tahun 2024 ini. Mereka juga berjaya mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat badminton Malaysia.

ليست هناك تعليقات

يتم التشغيل بواسطة Blogger.