Header Ads

Illa & Reshmonu Paling Rapat Dengan Saya - Zehra Zambri

Illa & Reshmonu Paling Rapat Dengan Saya - Zehra Zambri. Satu kejutan dilakukan oleh pihak Astro pada minggu ini apabila mereka melakukan dua penyingkiran sekali gus dari pentas gegar vaganza di minggu keenam. Jelas ia memberi kesan kepada penonton dan juga para peserta yang lain. Kenapa astro menyingkirkan dua peserta sekali gus?

Minggu keenam dua peserta tersingkir iaitu Illa Sabri dan juga Reshmonu tidak dapat meneruskan perjuangan mereka ke pusingan seterusnya.  Antara yang terkesan dengan penyingkiran ini adalah Zehra Zambri kerana dia sangat rapat dengan kedua-dua mereka. 


Illa & Reshmonu Paling Rapat Dengan Saya - Zehra Zambri



Jelas kehilangan dua rakan dalam perjuangan di GV memberi kesan kepada penyanyi itu. Zehra berkata : 

“Terkejut sebab dua penyingkiran dan mereka berdua agak rapat dengan saya dan saya sudah anggap seperti seorang kakak dan abang.

“Mereka banyak memberi nasihat dan mengambil berat. Sebagai contoh, bilik rehat saya dan Illa berdekatan dan kami sering berjumpa.

“Jadi saya agak sebak dan terkejut apabila diumumkan dua penyingkiran sekaligus,” katanya 

Zehra juga berharap agar kedua-dua mereka baka kembali dengan lebih bertenaga walaupaun tersingkir dari pentas gv kali ini.

“Kita tak tahu lagi kan apa lagi kejutan yang akan datang, begitulah GV punya penangan. Tapi kita tahu bila tersingkir daripada GV ini bukan bermakna mereka tak bagus.

“Mungkin nasib masih menyebelahi kami yang lain. Insya-Allah saya harap ukhwah kita akan berkekalan walaupun ada yang kecundang.

“Saya harap Illa, Reshmonu terus semangat dan kembali aktif menyanyi semula dilapangan yang terbaik untuk kembali smula memeriahkan industri seni,” katanya.

--

Bukan setakat Zehra sahaja terkejut, kami yang penonton juga terkejut bila ada dua penyingkiran. Kita pun tak tahu kenapa astro buat macam ni. Mungkin juga minggu depan tak ada penyingkiran, jadi singkir siap0siap minggu ini atau pun sebaliknya.

Jadi kita kena moveon dan teruskan perjuangan di pentas gegar vaganza. Semoga Zehra Zambri terus bersemangat dan dapat membuat persembahan terbaik di pentas minggu ketujuh nanti. 

ليست هناك تعليقات

يتم التشغيل بواسطة Blogger.