JDT Hampir dimalukan Buriram United di Halaman Sendiri
JDT Hampir dimalukan Buriram United di Halaman Sendiri. Satu kejutan dilihat dalam perlawanan semalam diantara pasukan JDT vs Buriram United. Perlawanan ini sepatutnya menjadi milik mutlak pasukan JDT dengan jaringan yang besar namun ia ditamatkan dengan keputusan 0-0. Ia jelas mengecewakan pasukan JDT memandangkan mereka mempunyai peluang cerah untuk layak ke pusingan seterusnya.
Pemain JDT dilihat bermain sambil lewa dan tidak fokus kepada permainan walaupun bermain di halaman sendiri. Jelas berbeza dengan pasukan itu ketika menerima kunjungan lawan dalam beberapa aksi sebelum ini.
Lebih merugikan apabila mereka mendapat dua kad merah dalam perlawanan ini menerusi pemain Murilo pada minit ke 13 selepas dia menghalang dion cools dari melakukan percubaan gol. Kemudian Park Jun Heong pula mendapat kad merah beberapa minit sebelum tamat perlawanan dengan tckle yang sia-sia dilakukan oleh pemain korea itu.
Sementara itu Bunmanthan pula dilayakan kad merah selepas mencubit perut Arif aiman yang menyebabkan arif mengelupur kesakitan di atas padang. dalam perlawanan ni sahaja ada 3 kad merah tau!
Statistik perlawanan.
Bermain do home, JDT tidak seperti JDT. Mereka hanya melakukan 10 percubaan kearah buriram dan 4 daripadanya adalah on target.
Buriram pula melakukan 11 percubaan dan 3 on target sepanjang perlawanan ini.
Ball possesion pula dipegang oleh Buriram dengan 58% penguasaan dan 42 peratus dipegang oleh jdt walaupun bermain di tempat sendiri.
Pass accuracy untuk kedua-dua pasukan agak tinggi namun buriram lebih baik dengan 87% pass accuracy dan jdt dengan 86% pass accuracy.
Kedudukan
Dengan keputusan seri ini, JDT Jatuh satu anak tangga di tangga keenam dari kedudukan kelima selepas dipintas Pohang Steelers. Namun kedudukan ini masih belum tetap memandangkan Shangha shenhua dan shandong taishan mempunyai peluang untuk memintas jdt dalam perlawanan hari ini pula.
Konklusi
Entas siapa yang salah, tapi JDT mampu buat lebih baik daripada perlawanan semalam dan perlu lebih fokus dalam perlawanan seterusnya. Semoga JDT dapat kekal di top 8 acl elite group A untuk layak ke playoff seterusnya.
Post a Comment