Kecederaan Serius, Lee Zii Jia di Usung Keluar Dari Court
Kecederaan Serius, Lee Zii Jia di Usung Keluar Dari Court. Ketika semuanya sudah lancar untuk bermain di semi final esok, satu kejadian yang tidak diingini berlaku iaitu kecederaan di alami oleh pemain perseorangan lelaki Malaysia iaitu Lee Zii Jia dalam pertembungan dengan Li Shi Feng bagi aksi bwf world tour final 2024 peringkat kumpulan.
Dalam perlawanan hari ini, Lee zii jia bermain dengan sangat baik dan memenangi set pertama dengan keputusan 20-22. Lee zii jia mudah membaca permainan li shi feng dengan sangat baik dan sempurna. Balasan bola dari pemain china itu mudah ditepisnya sehingga memperoleh kemenangan.
Bermain di set kedua juga kita lihat lee zii jia sangat baik dan mendominasi permainan. Dia juga sudah menjarakkan mata dengan shi feng. Namun terpaksa menghentikan permainannya seketika bagi menerima rawatan.
Namun keadan masih tidak berubah. Kecederan yang di alami dilihat semakin buruk dan lee zii jia ambil keputusan untuk tarik diri di mata 15-11 berpihak kepadanya.
Lebih menyedihkan lee zii jia tidak mampu berjalan sendiri dan dia diusung keluar menggunakan kerusi roda. Ia sedikit sebanyak merisaukan para peminat badminton malaysia apabila melihat kecederaan yang di alami oleh lee zii jia itu.
Kita doakan lee zii jia cepat sembuh dan kembali bermain dalam prestasi terbaiknya seperti yang dilakukan di dalam final bwf world tour 2024 ini. Get well soon lee zii jia !
Post a Comment