Header Ads

Komen Padu Juri Gegar Vaganza 11 Minggu 4

Komen Padu Juri Gegar Vaganza 11 Minggu 4. Untuk minggu keempat kali ini kita lihat banyak perubahan kedudukan para peserta yang bersaing dan tidak kurang juga dengan komen juri sepanjang konsert berlangsung. Ada dapat pujian dan ada juga yang dapat nasihat padu dari juri untuk penambah baikan untuk konsert akan datang. 


Komen Padu Juri Gegar Vaganza 11 Minggu 4



Jom kita buat recap sikit komen juri untuk semua persembahan para peserta gv 11 minggu 4. 

Komen Padu Juri Gegar Vaganza 11 Minggu 4

(Sumber : Astro Gempak) 

The Lima - Sinaran

“Semua penyanyi pasti akan bawa lagu sinaran, malam ini saya nampak kelainan sebab kamu menyanyikan dengan pelbagai susunan lagu cuma bila part latin itu perlu lebihkan lagi. Untuk penampilan pertama, kamu semua aman,” - Hetty Koes Endang.


Arrora Salwa - Apa Guna Berjanji

“Saya tahu dalam PDRM banyak bakat yang hebat. Saya peminat you sebenarnya. Saya nampak you ada look dan personaliti. Music character sangat mantap.

“Kamu minat berlakon, nanti saya akan bagi watak yang sesuai dengan dia. Mana tahu boleh ganti Abby Abadi. - Datuk Yusof Haslam.

Reshmonu - Party Like This

“Saya selalu bagi markah tinggi dekat awak sebab persembahan awak sangat bagus, peguasaan pentas. Tapi kena ingat vokal sangat penting sebab kami menjuri vokal. Malam ini vokal awak sangat bagus, cuba lepas ni cari lagu yang mencabar vokal,” - Datuk Ramli M.S4

Zehra Zamri - Kelmarin

Dapar standing ovation dari penyanyi asal, Zur Eda.

“Penyanyi jangan terperangkap dengan alunan muzik, sebab kalau menurut saya lagu ini sedih. Bukan tidak bagus tapi ini pembetulan.

“Confident level awak sangat kuat,” Datuk Yusof Haslam.


Liza Aziz - Lagu Sambaria

“Kat depan tu kurang, yang belakang tu okay.

“Sebab apa saya selalu bagi awak medley sebab ia banyak sangat pengulangan. Tak banyak yang kamu boleh buat sebab lagu dia memang macam tu. - Datuk Ramli M.S


Yazid Lovehunters - Mustika

“Awak nyanyi style awak,saya suka. Kalau boleh lagu M. Nasir cuba elakkan. Tapi hari ni awak tak nyanyi macam dia. Saya suka,” - Datuk Ramli M.S

“Dengan tiga minggu lalu, saya suka persembahan malam ini,” - Hetty Koes Endang.

Ning Baizura - Bunyi Gitar

“Kalau kamu dapat lagu seperti ini hati-hati. Apa-apa pun persembahan kamu bagus,” Hetty Koes Endang.


Inka Christie - Warna

“Dari segi persembahan tidak mengecewakan, persembahan awak bagus secara keseluruhan,” - Datuk Yusof Haslam

“Lagu ini susah dari segi key. Tempo kamu agak kacau tapi good try,” - Datuk Ramli M.S


Fairuz Selamat - Malam Ini Kita Punya

“Satu benda, bila ada dua pemain gitar kena highlight kamu kat depan.

“Kamu mempelbagaikan pilihan lagu kamu, jadi kamu ada macam-macam,” - Datuk Ramli M.S


Illa Sabry - Lakaran Kehidupan

“Kerana kalau saya dengar banyak yang flat. Kalau lagu laju memang memerlukan nafas yang baik. Satu minggu itu bukan lama jadi perlu bersenam untuk mencari stamina. Bagi saya kamu masih aman,” - Hetty Koes Endang.


Dadali Dyrga - Aduh Saliha

“Satu persembahan yang mantap, saya terpukau. Saya rasa kamu ada peluang yang lebih baik lepas ni.

“Saya tahu sukar nak bawak lagu ni tapi kamu berjaya,” - Datuk Yusof Haslam.


Shiela Abdul - Nirmala

“Satu persembahan yang paling mantap, sempurna. Saya puas hati dengan persembahan awak,” - Datuk Yusof Haslam.

“Lagu ini adalah masterpiece Pak Ngah. Semua orang suka nyanyi lagu ni. Lagu ni minta macam-macam bukan sahaja kehalusan, tapi its a good try,” - Datuk Ramli M.S


Ronnie Hussien - Keindahan Pantai

“Bagi saya malam ini paling bagus dari minggu-minggu sebelumnya,” - Hetty Koes Endang.

--

Sebenarnya komen juri ini sepatutnya menjadi rujukan para peserta kerana minggu hadapan mereka perlu jumpa dengan juri yang sama. Jadi mereka lebih tahu apa yang mereka kurang dan apa yang peserta lebih.

Semoga berjaya buat semua peserta 12 orang yang masih kekal dalam Gegar Vaganza 11 untuk memasuki minggu kelima dengan jayanya.


No comments

Powered by Blogger.