Header Ads

Lee Zii Jia Cedera Ligamen Buku Lali Kanan

Lee Zii Jia Cedera Ligamen Buku Lali Kanan. Situasi cemas apabila pemain perseorangan lelaki negara di usung keluar dari court dalam keadaan sakit dengan menggunakankan kerusi roda membuatkan peminat risau dengan keadaan pemain itu. 

Namun, semalam, pasukan lee zii jia telah mengeluarkan kenyataan rasmii yang mengatakan lee zii jia cedera di bahagian ligamen buku lali kanannya ketika perlawanan menentang li shi feng pada hari jumaat yang lalu.


Lee Zii Jia Cedera Ligamen Buku Lali Kanan



Pasukan lee zii jia juga berkata, kecederaan itu boleh diuruskan oleh mereka.

Kenyataan berbunyi : 

"Keutamaan pasukan adalah untuk memastikan Zii Jia kembali pulih sepenuhnya dan berada dalam keadaan fizikal terbaik sebelum kembali ke gelanggang.


"Oleh itu, program latihan dan perancangan kejohanan Zii Jia untuk musim yang akan datang akan berdasarkan pemeriksaan rapi oleh pasukan dan nasihat perubatan," menurut kenyataan itu.


Kita doakan agar lee zii jia dapat sembuh seperti biasa dan dapat kembali di pentas antarabangsa bagi edisi tahun 2025 pula nanti. Serius memang risau tengok keadaan dia haritu. Semoga proses pemulihannya lancar dan diberi kesembuhan yang cepat dan pantas.

No comments

Powered by Blogger.