Lee Zii Jia Mudah Kalahkan Chou Tien Chen
Lee Zii Jia Mudah Kalahkan Chou Tien Chen. Memang bangga gila bila tengok game lee zii jia hari ini. Banyak improvement di lakukan oleh lee zii jia dan akhirnya dapat mengalahkan pemain no 1 Chinese Taipei Chou Tien Chen dengan straight set sahaja.
Lebih manis, Zii Jia menang dengan straight set 21-13 dan 21-15 dalam masa 39 minit sahaja tau. Di set pertama lee zii jia sangat tenang dengan permainan kali ini dan dapat lihat yang dia lebih selesa bermain. Hasilnya dia menang dengan keputusan 21-13.
Memang jauh jarak mata yang di menangi oleh lee zii jia tau.
Bersambung set kedua, lee zii jia dilihat sudah dapat baca game lawan. Dia pun tak buat kesalahan - kesalahan mudah dalam set ni dan lebih seronok bila chou tien chen juga mati akal untuk melakukan serangan.
Pemain daripada chinese taipei itu juga seakan-akan menyerah kalah apabila melihat jumlah mata yang sangat jauh di lakukan oleh lee zii jia dalam set kedua. hasilnya, Lee Zii jia menang 21-15. Jelas kepuasan dapat di lihat dalam permainan lee zii jia dan dia juga semakin baik dalam permainannya.
Tahniah diucapkan kepada lee zii jia yang berjaya menang dalam perlawanan pertama ini. eSOK Lee zii jia perlu berhadapan dengan Antonsen dari denmark. Itu juga merupakan perlawanan sukar untuk pemain negara dan kita doakan lee zii jia menang juga.
Untuk fans lee zii jia, jom join group telegram : https://t.me/badmintonlivefans
Post a Comment