Header Ads

Malas Layan Tong Kosong

Malas Layan Tong Kosong. Itulah yang diluahkan oleh juri gegar vaganza 11 Tok Ram apabila diminta untuk menjawap respon Man Bai yang viral baru-baru ini. Tok Ram sudah menjadi juri Gegar vaganza dari musim pertama sehingga musim ke sebelas. Dia juga seorang yang berpengalaman dengan GV dan sudah pasti sudah lali dengan cacian dan kutukan daripada artis-artis lain.


Malas Layan Tong Kosong



Malas Layan Tong Kosong

Baru-baru ini, Man Bai mempertikai kelayakan dan ketelusan Tok Ram dalam menjadi juri di gegar vaganza. Ramai juga yang mempertahankan Tok Ram selepas kritikan itu. Kini tok ram menjelaskan kepada media sekali lagi dan menjawab persoalan pengkritiknya.

Tok Ram berkata :  

“Ia realiti program, konsep dan semua content program adalah berlainan. Macam-macam content.

“Tapi kenapa GV11, complaint lah dari GV1,” katanya kepada Gempak.

“Sebenarnya saya memang malas nak layan tong-tong kosong ini.

“Dia ketuk dalam bunyi tak ada isi, malas nak melayan.

“Saya malas nak layan, thank you,” tegasnya.

Bagi korang yang terlepas itu, baru-baru ni, Man Bai mendakwa GV bukan platform terbaik untuk penyanyi selain mengkritik format pertandingan yang dikatakan menjatuhkan dan memalukan peserta yang bertanding.

Lebih panas, Man Bai turut mempertikaikan kredibiliti Ramli selaku ketua juri apabila tidak menobatkan penyanyi Liza Aziz sebagai peserta terbaik pada minggu keempat lalu.

--

Sebagai peminat GV, aku boleh katakan yang rancangan ini hanya santai dan bersifat kekeluargaan. Tetapi pada masa yang sama rancangan ini memberi peluang untuk artis-artis lama yang sudah tidak aktif dalam dunia hiburan kembali menceriakan industri hiburan Malaysia.

Jadi bukan mencari penyanyi no 1 Malaysia, hanya menaikkan semula nama-nama artis lama dan pada masa yang sama mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan penonton. Jadi tak perlulah nak bitter sangat dan lebih baik terus support dan semoga ada rezeki lain untuk artis-artis lama kembali menyengat.


ليست هناك تعليقات

يتم التشغيل بواسطة Blogger.