Header Ads

Nai Dinamik Akhirnya Buka Mulut Apa Yang berlaku di konsert Minggu 3

Nai Dinamik Akhirnya Buka Mulut Apa Yang berlaku di konsert Minggu 3. Selepas isu tok ram hentikan persembahannya pada minggu ke tiga baru-baru ini sehingga membuatkan dia tersingkir. Nai Dinamik akhirnya dedahkan apa yang berlaku ketika konsert tersebut. Nai mendapat markah terendah pada minggu ketiga dengan hanya memperoleh 40.60% markah berbanding para peserta yang lain.

Ramai beranggapan isu teknikal yang membelenggu persembahan nai seharusnya menyebabkan tiada penyingkiran yang perlu dilakukan. Namun tok ram dedahkan punca Nai Dinamik tersingkir walaupun masalah teknikal yang dihadapinya.


Nai Dinamik Akhirnya Buka Mulut Apa Yang berlaku di konsert Minggu 3



Kali ini penyanyi tersebut sendiri meluahkan rasa dan menceritakan apa yang berlaku pada malam tersebut. Harap semua jelas dengan penjelasan ini.

Nai Dinamik berkata:


“Memang perasaan sedih itu ada, tapi saya sangat terharu kerana mendapat sokongan peminat yang sangat padu dari Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak,” katanya 

Nai juga mendedahkan apa yang berlaku di pentas bagi pihaknya ketika konsert minggu ketiga tersebut. Nai berkata :

“Ear monitor saya memang ada bunyi namun feedback dia lewat setengah saat disitu saya gagal kerana tidak dapat agak tempo.

“Semasa peluang kedua itu pun saya masih menghadapi masalah yang sama, memang tak dapat masuk.

“Lagi pun saya bergantung kepada prompter, senang cakap saya memang dah hafal setiap rangkap itu namun tak berani untuk melepaskan prompter kalau lepaskan semua memang tak ingat.

“Lagi satu saya menghadapi kenkangan masa untuk menghafal sebab lagu itu kerana ia satu lagu baru untuk saya,” ujarnya.

--

Mungkin kerana tak ada rezeki kot yang membuatkan Nai dinamik tersingkir dan harus menerima kekalahan awal dalam pentas gegar vaganza 11 kali ini. Apa-apa pun, terima kasih Nai dinamik sebab telah menghiburkan kita semua sepanjang 3 minggu yang lalu. 

Semoga terus sukses di luar sana.


No comments

Powered by Blogger.