Header Ads

Player Utama Tak Dapat, Punca Harimau Malaya Gagal Ke Semi Final

 Player Utama Tak Dapat, Punca Harimau Malaya Gagal Ke Semi Final. Ia satu lagi mimpi ngeri skuad Malaysia apabila sekali lagi gagal layak ke semi final piala AFF 2024 ini selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Pasukan harimau Malaya ketandusan penyerang berkualiti dalam perlawanan ini seterusnya membuatkan pasukan ini bergelut untuk mencipta jaringan. Akhirnya slot ke semi final digadaikan begitu sahaja.


Player Utama Tak Dapat, Punca Harimau Malaya Gagal Ke Semi Final



Alasan utamanya adalah kerana tidak mendapat pemain yang berkualiti untuk aksi kali ini. Perkara ini sebenarnya perkara ulangan untuk 3 sesi AFF sebelum ini.

Tan Cheng Hoe juga mengalami masalah yang sama dan kemudiannya meletakkan jawatan. Kemudian, Kim Pan Gon juga hadapi masalah yang sama ketika beraksi di AFF namun bernasib baik kerana prestasi pasukan Harimau Malaya ketika itu agak baik.

Kini Pau Marti pula menjadi mangsa seterusnya. Sedangkan di kelab tidak ada jadual pertandingan yang besar. Hanya ada Liga dan Piala Malaysia sahaja. Itu pun kelab-kelab tidak mahu melepaskan pemain untuk aksi Harimau Malaya kali ini.

Untuk pasukan Pau Marti ini, kualiti anda sudah ada dan sangat baik. Berjaya menyambung legasi Kim Pan Gon. Kami sebagai peminat ucap tahniah dan syabas kepada coach dan para pemain yang meluangkan masa mereka dalam edisi AFF kali ini.

Semoga berjaya untuk perlawanan di kelab pula selepas ini.

No comments

Powered by Blogger.