2 Beregu Jadi Juara, Rexy Harap Mereka Konsisten !! Dua juara di dua tournament berbeza telah diperolehi oleh atlet badminton negara iaitu kemenengan pertama menerusi Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menjuarai Terbuka India dan diikuti Masters Indonesia yang dimenangi Man Wei Chong-Tee Kai Wun, semalam.
Kejayaan-kejayaan ini jelas menunjukkan kualiti pemain beregu lelaki negara semakin baik dan mula digeruni ramai pemain-pemain badminton dunia yang lain. Dengan pertambahan kejuaraan yang diperoleh oleh Man Wei Chong dan Kai Wun tee menyaksikan malaysia kini mempunyai 3 beregu berkualiti yang mampu mencabar kejuaraan.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata,
"Kemenangan sangat baik kerana mereka dapat bermain dengan cukup tenang walaupun berdepan tekanan daripada pemain lawan serta penyokong tuan rumah.
"Harap mereka konsisten dengan prestasi seperti ini. Ia akan menjadi persaingan positif buat beregu lelaki negara.
"Selain itu, ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tekanan dihadapi Aaron-Wooi Yik kerana sekarang kita ada tiga beregu lelaki terbaik," kata mengulas mengenai kejayaan Wei Chong dan Kai Wun.
--
Sebagai peminat juga kita sangat bangga dengan perkembangan positif untuk kem beregu lelaki. Namun masih banyak yang perlu diperbaiki di kem=-kem yang lain. Sebagai contoh kita kekurangan kualiti di perseorangan lelaki, wanita dan beregeu wanita.
Jadi mungking fokus perludibeerikan lebih kepada pasukan-pasukan ini untuk menjadi lebih baik berbanding sebelum ini. Semoga tahun 2025 ini menjadi tahun yang baik-baik sahaja untuk Malaysia !
0 Comments