Anders Antonsen Simpati Nasib Lee Zii Jia
Anders Antonsen Simpati Nasib Lee Zii Jia. Mendengar perkhabaran mengenai kecederaan Lee Zii Jia yang masih belum pulih ia membuatkan rakan baiknya, Antonsen yang juga pemain Denmark merasa sedih dan simpati mengenai nasib pemain tersebut.
Antonsen yang kini berada di Malaysia bagi aksi Malaysia Open 2025 bertaraf super 1000 ini meluahkan rasa kecewa dan sedih melihat rakannya terpaksa menarik diri daripada pertandingan ini dengan berbaki dua hari sebelum permainan dimulakan.
Anton sen berkata :
"Ia sangat mengecewakan. Saya percaya dia sangat ingin bermain di hadapan penyokong sendiri. Saya simpati dengan situasi yang menimpanya.
"Saya tidak tahu apa yang terjadi, tetapi kecederaannya berlaku ketika dia hampir mara ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir dan dia kelihatan sangat bermotivasi dan bermain sedang dengan cemerlang.
"Saya berharap dia cepat sembuh dan dapat kembali ke gelanggang dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.
Ditanya juga mengenai peluang dirinya memenangi perlawanan di Malaysia Open 2025 ini, Antonsen berkata tiada tekanan untuk dirinya.
"Ini adalah kejohanan yang besar kerana hanya ada beberapa kejohanan Super 1000 sepanjang tahun. Saya tidak merasa tekanan kerana saya tahu saingan di tahap ini, sesiapa saja boleh menang dan saya hanya perlu berikan yang terbaik," katanya.
Untuk pengetahuan korang, Antonsen dan ramai lagi bintang badminton dunia berkampung di Malaysia untuk seminggu ini bagi aksi Malaysia Open 2025 bermula dari 7 Januari 2025 sehingga 12 Januari 2025 ini.
Korang yang berkelapangan boleh turun ke Axiata Arena bagi menonton dan memberi sokongan kepada atlet Malaysia di kejohanan tersebut.
Post a Comment