Chen Tang Jie dan Toh EE Wei Tempah Slot ke Suku Akhir India Open 2025. Selesai sudah perlawanan untuk pusingan 16 terbaik India Open 2025 hari ini. Satu perlawanan yang sukar untuk Tang Jie dan EE Wei menentang pasangan daripada Thailand sebentar tadi.
Kita boleh menarik nafas lega apabila mereka berjaya mengalahkan lawan mereka seterusnya layak ke pusingan suku akhir yang akan berlangsung esok. Namun bila kita tengok balik perlawanan memang nampak ada banyak kekurangan yang di lalui oleh pasangan negara dalam perlawanan hari ini.
Chen Tang Jie dan Toh EE Wei menang dengan keputusan 19-21,21-12 dan 22-20 dalam perlawanan pennentuan 3 set. Diset pertama, pasngan malaysia dikejutkan dengan pemainan mantap daripada pasangan thailand itu.
Banyak percubaan dan juga serangan gagal ditangkap kemas oleh tang jie dan ee wei. Mereka juga kerap hilang mata mudah dan menggangu permaianan mereka sendiri. Haislnya mereka terpaksa akur dengan kekalahan di set pertama dengan keputusan 19-21.
Selepas kekalahan tipis, Chen tang jie dan ee wei bangkit di set kedua dengan permainan yang lebih kemas. Kurang melakukan kesilapan dan yang paling penting mereka berjaya menamatkan permainan dengan menjarakkan mata dengan jauh sehingga menyukarkan pihak lawan. Mereka berjaya menang dengan keputusan 21-12 dalam set kedua.
Bersambung di set ketiga. kedua-dua pasangan tidak mahu kalah apabila masing-masing mempunyai peluang untuk menang. Banyak serangan dilakukan oleh kedua-dua pasukan dan begitu juga dengan elemen bertahan yang kemas sehingga kita menyaksikan tiada jarak mata yang jauh dalam set ketiga ini.
Namun, kehebatan dan kepandaian Chen Tang Jie dan Toh EE Wei dalam mengawal permainan membuahkan hasil apabila mereka berjaya memenangi set ketiga seterusnya keseluruhan perlawanan apabila mereka bermain dengan konsisten dan lebih baik dari lawan mereka. Hasilanya mereka menang dengan keputusan 22-20.
Tahniah diucapkan kepada chen tang jie dan toh ee wei atas kejayaan hari ini dan semoga mereka dapat memenangi perlawanan suku akhir esok dan layak ke separuh akhir india open 2025 pada hari sabtu ini. Good Luck !
0 Comments