CHOI SOL GYU DAN GOH V SHEM BALIK AWAL!! Pasangan beregu lelaki negara yang baru dibentuk tahun ini melalui jalan sukar apabila terpaksa kalah kepada beregu berpengelaman dari indonesia sebentar tadi dalam penentuan straight set. Sol Gyu dan V Shem menyertai kejohanan pertama mereka sejak diumumkan sebagai pemain BAM dalam kejohanan Thailand Masters 2025 ini.
Mereka bermula cemerlang apabila menewaskan pemain Malaysia juga yang juga merupakan pemain muda di pusingan 32 terbaik semalam. Hari ini cabaran sebenar sudah bermula dan mereka sedar dengan realiti apabila tewas kepada L Carnando dan Bagas Maulana hari ini.
Mereka kalah dengan keputsan 11-21 dan 18-21. Di set pertama memang jelas penguasaan dari pemain Indonesia yang sudah sedia maklum bergandingan dalam tempoh yang lama. Berbanding dengan sol gyu dan v shem yang baru memasuki perlawanan kedua mereka.
Masih banyak perlu diperbaiki dan pasti keserasian antara mereka sangat penting agar dapat mengatur taktikal dengan lebih baik nanti. Hasilnya mereka kalah dengan keputusan 11-21. Jarak mata yang sangat jauh.
Bersambung di set kedua, beregu Indonesia lebih garang dan lebih cepat buru mata. Tetapi pada masa yang sama sol gyu dan v shem juga tidak biarkan mereka menjarakkan mata dengan banyak. Sayang sekali tidak dapat mengheret perlawanan ke straight set dan terpaksa akur dengan kekalahan 18-21.
Perlawanan ini jelas perlawanan yang baik untuk mereka dan ia juga boleh jadi kayu ukur sejauh mana keserasian gandingan baru dua negara yang di lakukan oleh BAM ini. Masa masih awal dan masih banyak yang boleh diperbaiki oleh mereka sebelum menyertai kejohanan seterusnya.
Apa-apa pun, good job Choi Sol Gyu dan Goh v shem!!
0 Comments