Fairuz Selamat Bersyukur Masih Kekal Dalam GV11. Bintang GV 11 ini sudah mula dikenali ramai selepas berjaya menempatkan dirinya dalam kalangan yang terbaik setiap minggu. Fairuz selamat berkata dirinya bersyukur kerana masih berjuang dalam Gegar Vaganza musim ini. Hari ini akan menjadi minggu kesembilan Fairuz beraksi bagi menempatkan diri ke pentas final nanti.
Fairuz Selamat Bersyukur Masih Kekal Dalam GV11
Fairuz berkata :
“Alhamdulillah saya diberikan rezeki untuk terus berjuang di minggu kesembilan: Saya tak nangis okay masa ALAL tu.
“Saya cuma sebak sikit sebab minggu lepas kan saya terbawah. Minggu kelapan nama saya diumum ada lagu lagi. Tu yang saya sebak, bukan sebab umum nombor dua tu tau!
“Insya-Allah saya cuba tampilkan yang lebih lagi untuk lagu Mirai E minggu kesembilan! Saya datang, korang standby tisu nanti ya!” maklumnya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.
Fairuz turut memuat naik mengenai tugasan minggu lalu.
“”Alhamdulillah selesai minggu kelapan yang bertemakan Kengkawan. Saya beruntung sebab Kak @ningdalton pilihkan lagu Satu nyanyian Tan Sri SM Salim dan Zainal Abidin.
“Memang harapan saya dapat persembahkan lagu tradisional di pentas keramat ini. Lagu Satu paling tepat sebab vibesnya lebih modern dan bertenaga.
“Satu bukan lagu yang mudah. Lagu duet yang agak tinggi, phrasing nya laju dan mood nya hebat. la kedengaran santai dengan lirik nasihat, tetapi agak sukar untuk disampaikan secara solo.
“Tapi saya tak berikan yang main-main. Saya nyanyikan juga mengikut form asalnya. Saya panggil anak-anak Permata Seni Tari sebagai simbolik nasihat kepada generasi muda.
“Saya bukan seorang penari dan kali terakhir menari zaman saya belajar dulu, 18 tahun lepas tapi sekali lagi saya menari (tak kongkang sangat dah kan).
“Alhamdulillah. Saya sangat berpuas hati dengan Satu. Malah boleh kata antara konsert paling saya enjoy sebab saya fikir hanya nak semua orang terhibur sahaja.
“Terima kasih kepada yang memberi sokongan, yang menyanyi dan menari bersama. Yang bersorak dan beri kata semangat. Semua kalian memang Satu!” coretnya.
--
Mampukah Fairuz Selamat melangkah ke pusingan suku akhir pada minggu hadapan pula? atau dia bakal tersingkir malam ini? Sama-sama kita nantikan.
0 Comments