Fairuz Selamat Reda Tersingkir di Minggu ke 10. Memang sedih melihat bintang GV 11 , Fairuz selamat tersingkir pada minggu suku akhir. Ramai mengharapkan Fairuz melangkah ke final namun tak ada rezeki untuk dia layak ke peringkat seterusnya. Minggu ke 10 Fairuz menyanyikan lagu berkonsep RockDut yang menghasilkan dia mendapat markah terendah minggu ini.
Fairuz ditemui selepas konsert berkata dia sebelum ini sering diviralkan sebagai anak emas Astro kerana suara kurang baik tetapi masih kekal di dalam GV. Namun dengan penyingkirannya itu membuktikan yang dia bukan anak emas Astro.
Baca komen >> Komen padu Tok Ram untuk Fairuz selamat memang padu.
Fairuz berkata :
“Saya menamatkan kemarau soalan itu, dimana saya bukan anak emas Astro.
“Ini rezeki, saya selalu fikir macam ini sesiapa yang tersingkir bukan penanda yang kalian tidak hebat sebab program tv ia bermain dengan banyak perkara. Mengambil itu sebagai keputusan yang mukhtamad rezeki saya sampai disitu sahaja.
“Saya menerima keputusan ini dengan hati yang sangat gembira sebab dua kali berada di bottom 2 ramai yang mengharapkan saya keluar, nah amik sekarang saya sudah pun tersingkir,” ujarnya.
Fairuz juga berkata dia ralat bila tak dapat layak ke final kerana harapan peminatnya sangat tinggi dan tak dapat penuhi harepan mereka semua.
“Gegar Vaganza ini adalah pertandingan akan ada yang tersingkir dan akan ada yang terlepas kalau bukan saya mesti orang lain dan kalau bukan orang lain mungkin saya yang tersingkir.
“Jadi saya tak sedih sangat saya keluar cuma apa yang buat saya sedih apabila saya tak pernah dapat sokongan yang diberikan semasa GV sepanjang 24 tahun. Mereka datang Sabtu dan Ahad, ada yang dah berkeluarga sanggup datang sokong saya, ada jadual shift nak undi saya, masakan saya makanan, itu yang buat saya ralat.
“Sebab saya kecewakan mereka, bila mereka sokong artis mesti mereka nak artis mereka masuk final, macam saya masuk bertanding kita dah tahu adat itu, tapi kalau mereka dah ready nak support saya sampai final lepas ni mereka nak buat apa,” kata Fairuz kepada Gempak.
--
Sebagai peminat, kita doakan agar Fairuz selamat terus berjaya dalam dunia seni kita. Platrform GV hanyalah untuk promosikan mereka kembali. Selebihnya mereka perlu mencari formula dan tips untuk berjaya di luar sana.
Sama ada terus naik atau kembali ke kehidupan seperti biasa. Semoga berjaya untuk Fairuz selamat !
0 Comments