Goh Soon Huat-Shevon Lai Kecewa Tidak Menang

 Goh Soon Huat-Shevon Lai Kecewa Tidak Menang. Itu yang diluahkan oleh pasangan beregu campuran negara selepas mereka terkandas di peringkat separuh akhir Malaysia Open 2025. Sebenarnya pencapaian ini juga antara yang terbaik mereka peroleh namun mungkin tiada rezeki untuk mereka layak ke final.


Goh Soon Huat-Shevon Lai Kecewa Tidak Menang



Pasangan beregu campuranan kita ini kalah kepada pemain Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran 21-17, 12-21, 16-21 dalam masa 63 minit.

Shevon berkat akepada media selepas perlawanan :


"Kami sudah melakukan yang terbaik. Memang dari set kedua mereka gunakan strategi menyerang dan menekan saya membuat kesilapan.


"Pertahanan dan pergerakan saya di dalam gelanggang juga kurang laju. Bila perkara itu berlaku, ia memberi lebih banyak tekanan kepada pasangan saya (Soon Huat) untuk bertahan.


"Saya memang tiada pilihan. Badan saya pula bukan berada di tahap 100 peratus lagi," kata Shevon yang sebelum ini pernah menjalani latihan bersama Dechapol-Supissara di Thailand dua tahun lalu.


Biarpun tewas Soon Huat-Shevon sekurang-kurangnya membawa pulang RM91,325 selepas layak ke separuh akhir.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Soon Huat dan Shevon atas kejaayaan ini dan pasti banyak perkara yang mereka belajar daripada kekalahan ini. Gunakan sebaiknya pengalaman itu untuk menang dalam perlawanan seterusnya.

Untuk fans badminton Malaysia, jangan lupa kita ada next tournament iaitu terbuka India pada hari selasa ini 14 Januari 2025. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menonton dan beri sokongan padu anda kepada mereka.


Post Navi

Post a Comment

0 Comments