GOH SZE FEI NUR IZZUDDIN JUARA INDIA OPEN 2025. Selesai sudah pentas final india open 2025 sebentar tadi yang menyaksikan pasangan beregu lelaki negara berjaya mencipta kejutan dengan menjulang trofi yang penuh bermakna ini. Mereka berdua iaitu Goh sze fei dan nur izzuddin mengalahkan pasangan daripada korea selatan iaitu Kim Won Ho dan juga Seo Seung Jae dalam penentuan tiga set dengan keputusan 21-15, 13-21 dan 21-15.
Diset pertama Goh sze fei dan nur izzuddin bermain dengan sangat baik. Mereka bijak membaca perlawanan dan tidak terikut dengan permainan lawan. Sze Fei juga bijak menamatkan bola tanggung pasukan lawan dengan mudah. Hasilnya mereka menang dengan keputusan 21-15.
Bersambung set kedua, pemain korea sudah boleh membaca perlawanan. Mereka terlebih dahulu mendahului feidin dengan 3 mata awal dan ia menyebabkan pasangan negara tergugat sebentar melihat peningkatan pemain korea itu.
Feidin juga banyak buat kesilapan mudah dan tak fokus dalam set kedua. Walaupun mereka sudah berusaha tetapi mereka gagal untuk comeback di set kedua. Game pun lebih pantas berbanding set pertama. Hasilnya Feidin kalah dengan keputusan 13-21.
Bersambung di set ketiga, Goh sze fei dan nur izzuddin garang diawal perlawanan dengan mendahului 5 mata awal sebelum cuba dikejar oleh beregu korea selatan. Namun permainan baik Feidin memberi kelebihan kepada mereka dan hasilnya mereka menang dengan keputusan 21-15.
Hasil kemenangan ini mereka menghadiahkan kemenangan pertama mereka untuk tahun 2025 ini terutamanya kepada peminat-peminat badminton tempatan. Tahniah diucapkan kepada Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin atas kejayaan ini.
Jangan lupa, selasa ini terbuka Indonesia 2025 tau !! standby !!
0 Comments